"Saya pun tak tau dari mana datangnya klip video dalam "youtube" itu dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) sudah memaklumkan kepada saya bahawa ia juga bukan datang daripada pihak polis.
"Apa yang sebelum ini diberikan kepada polis, itulah yang merupakan perkara di dalam pengetahuan polis setakat ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri pelancaran Sistem Pemantauan Bandar Selamat di sini Selasa.
Hishammuddin mengulas petikan video selama hampir dua minit itu yang ditayangkan di laman web tersebut dan beberapa blog sejak tengah hari semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Negara berkata polis akan turut menyiasat petikan video itu yang dimuatkan di dalam laman "youtube" secara menyeluruh.
"Kita akan menyiasat secara menyeluruh dan telus perkara ini," katanya dalam sidang media yang sama.
Ismail berkata siasatan itu juga akan meneliti dan mengenalpasti individu yang terlibat memuatnaikkannya ke laman video itu dan blog-blog.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi melulu kerana siasatan ke atas kes itu sedang dijalankan.
"Saya pesan kepada orang ramai, jangan buat kesimpulan dan spekulasi anda sendiri, jangan membelakangkan undang-undang dan bertindak mengikut perasaan.
"Biarkan pihak polis menyiasat perkara ini, yang penting kita hanya mahu mencari kebenaran," katanya.
duk tumbuk perut musuh dan kaki bagi penerajang..!!
Menteri di Jabatan Perdana Mentri yang botak tu kata perkara itu tak menjadi kesalahan atau dengan perkataan HALAL!!
BalasPadamyang salah jadi benar dan yang benar jadi SALAH.
BalasPadamnasib baik bukan PR yang keluarkan video tersebut..kalau tidak,blm report lagi,polis dah siasat dan siap tangkap suspek yang disyaki,demi menjaga penguasa yang zalim.
BalasPadamapa sudah jadi....
BalasPadamkhabarnya dimuatturun oleh orang dinegeri siam.
BalasPadam