Sabtu, 16 April 2011

Sudah 30 Tahunnn..Mengapa Sekarang Baru Nak Bagi...

Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan tinjauan mesra ke pelosok pedalaman Sarawak hari ini ke Pekan Song dan Kapit di Ulu Rajang, sungai terpanjang di Malaysia.

Sebaik tiba dengan helikopter di padang daerah Song pada pukul 9.30 pagi, Perdana Menteri terus menuju ke tengah pekan Song dengan 5,000 penduduk kebanyakannya masyarakat Iban melaungkan "1Malaysia" dan "Hidup Barisan Nasional".

Najib yang menjadi Perdana Menteri pertama tiba di pekan kecil itu, diberi sambutan persembahan kebudayaan tradisional pelbagai kaum oleh pelajar dari sekolah menengah di pekan itu.

Dalam ucapannya, Najib mengumumkan peruntukan RM90 juta untuk pembinaan jalan dari Song ke Kapit, yang ketika ini hanya dihubungi dengan menggunakan sungai sejauh kira-kira 40km.

Katanya tender bagi projek itu akan dipanggil tidak lama lagi untuk membolehkan kerja pembinaan dimulakan.

Pengumuman Perdana Menteri itu mencerahkan harapan penduduk di pedalaman Rajang untuk menikmati kemudahan jalan raya Sibu-Kanowit-Song-Kapit yang ketika ini hanya menggunakan bot ekspres Sungai Rajang.

Perjalanan bot ekspres dari Sibu ke Song mengambil masa lebih satu jam melalui pekan Kanowit manakala perjalanan dari Song ke Kapit mengambil masa tiga jam.

1 ulasan:

  1. kenapa baru sekaarang di umumkan, kenapa tidak pada tahun 2006 atau tahun 2001 dulu. jangan2 cakap kosong saja, BN ni banyak nonsense.

    BalasPadam