Jumaat, 1 April 2011

Tengok nii...Umno Takda "Telo"..??

Gara-gara PRU akan diadakan bila-bila masa,samada dalam tahun ini atau tahun hadapan maka telah dipaparkan dalam dada akhbar Umno tidak akan menagadakan pemilihan dalam jangka waktu 18 bulan...kuah3,nampak sangat parti reput ini takut sekiranya diadakan pemilihan maka akan bergaduh sakan dan berpecah belahlah puak-puak dalam Umno ini..sebab mereka tidak meletakkan islam dihadapan tetapi meletakkan duit,jawatan dan projek menyebabkan mereka menjadi gila dan meroyan.

Sekiranya diadakan juga pemilihan,maka hancur dan berpuak-puaklah umno keparat ini.Sudah pasti apabila diadakan PRU nanti maka banyaklah hilang kerusi dan negeri yang dikuasai oleh Umno reput ini.

Tetapi berlainan pula dengan PAS,apabila islam diletakkan dihadapan maka sesiapa pun tiada takut dan gentar,kerana setiap ahli dan pimpinan Pas mengetahui bahawa setiap jawatan dan kuasa yang diberikan adalah amanah dari Allah dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Berbaza dengan umno,setiap jawatan akan menghadirkan fulusssss,untuk itu..gejala rasuah,politik wang,politik betina,politik Haatnyai,Politik Golok,Politik Medan..semuanya kira jadi beb..sebab syurga neraka tidak ada dalam kamus politik Umno.



mStar : Pemilihan PAS pusat pada tahun ini dijangka menyaksikan saingan sengit apabila semua jawatan tertinggi parti itu akan dipertandingkan pada Muktamar ke-57 yang akan berlangsung Jun ini.

Muktamar tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Jun 2011 di Markas Tarbiah PAS di Taman Melewar, Gombak.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata pencalonan bagi setiap jawatan yang dipertandingkan sudah bermula sejak bulan lepas. “Kita sudah ada terima pencalonan, tapi saya tidak boleh dedahkan sekarang kerana masih terlalu awal.

“Pencalonan dan mesyuarat PAS di peringkat kawasan dan cawangan sudah pun bermula dan saya jangka ia akan berakhir pada penghujung April ini. Selepas itu kita akan kira dan umumkan siapa yang layak bertanding,” katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai persiapan jawatankuasa pemilihan PAS menjelang Muktamar ke-57.

Mustafa yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, setiap calon layak bertanding apa jua jawatan dalam PAS dengan memperoleh dua pencalonan sahaja.

“Kita tidak ada sekatan dalam parti. Kalau ada orang nak bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pun boleh, yang penting dia perlu dapat sekurang-kurangnya dua pencalonan,” katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan