Sabtu, 14 Mei 2011

Tengok nii..Ketua Pas Cawangan Pulak Diserang..!!

Gara-gara menyentuh isu peribadi dalam ceramahnya, Ketua Pas Cawangan Bukit Beruang, di sini diserang dua kali oleh dua lelaki semasa keluar berjoging, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang itu, Ramli Dalip, 59, dikatakan keluar berjoging berdekatan rumahnya di Jalan Bukit Saga, Bukit Beruang, di sini.

Ramli berkata, kira-kira 500 meter dari rumahnya, dia tiba-tiba ditahan seorang lelaki.

“Lelaki yang menaiki motosikal bersama isterinya itu berhenti dan cuba menyerang saya dengan pelbagai kata-kata kesat dilemparkan.

“Rupa-rupanya dia tidak puas hati dan marah kerana saya bercerita tentangnya ketika mengadakan ceramah politik di markas Pas cawangan Bukit Beruang, 7 Mei lalu,” katanya.

Ramli bagaimanapun mengakui ada menyebut peribadi lelaki berkenaan kepada tetamu yang hadir pada ceramah berkenaan.

“Dia mengambil seketul batu-bata dan cuba memukul saya dengannya. Nasib baiklah ada orang kampung yang datang meleraikan. Jika tidak pasti saya sudah tercedera,” katanya pada sidang media di pejabat DAP, Bukit Beruang di sini, kelmarin. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Ketua Penerangan Pas kawasan Bukit Katil, Mohd Yusof Wahab dan Ahli Jawatankuasa Pas kawasan Bukit Katil, Hassan Mohamad.

Ramli berkata, selepas pertengkaran itu, dia meneruskan hasrat berjoging, bagaimanapun dia sekali lagi ditahan oleh lelaki lain pula.

“Dia juga berkata tidak suka dengan apa yang saya sampaikan ketika berceramah. Malah, selepas bertengkar beberapa minit dia cuba menerkam saya.

“Kami bagaimanapun dileraikan orang kampung sebelum saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah saja,” katanya.

Berikutan serangan itu, Ramli membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru, di sini.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata, beliau kesal dengan perkara tersebut.

“Saya minta pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Juragan : Oiii brderr Umno bangang!!klu lu orang tak nak kena kata,duduk dalam gua sorang-sorang,ini negara Demokrasi beb...Kalau lu orang jadi macam orang PR lagi sakit beb..

24 jam kena tibai dan kena maki dalam TV dan surat khabar..bukan lagi nak serang,malah rasa nak bakar aje stesen TV dan orang Umno tu...tapi kami masih waras dan akur pada undang-undang.sendiri mau ingat la braderrr...Mampuih Umno..



1 ulasan:

  1. ha3 padan muka Umnongok..baru tahu langit tinggi rendah,jgn sedap bantai PR saja.Bila terkena baru tahu.

    BalasPadam