Masyarakat Felda membantah kehadiran Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pada ceramah Program Penerangan isu-isu Semasa yang bakal diadakan pada 15 Mei ini di sini dalam satu demonstrasi aman, petang semalam.
Demonstrasi ini melibatkan kira-kira 100 orang terdiri daripada belia dan peneroka Felda mahu program ini dibatalkan kerana mendakwa kehadiran Anwar hanya mengganggu ketenteraman masyarakat Felda.
Pengerusi Generasi Kedua, Mohd Fauzi Jalaludin berkata, demonstrasi ini diadakan kerana tidak mahu seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian tetap malah mendakwa sebagai pengkhianat berada di tanah rancangan ini.
“Terlalu banyak perkara negatif dikaitkan dengan Anwar dan kita tidak mahu, perkara itu mempengaruhi masyarakat Felda terutama generasi muda.
“Kehadiran beliau hanya akan meracuni fikiran mereka terutama apabila hal memfitnah kerajaan dan Felda disebarkan dalam program tersebut,” katanya.-SH
MENYERLAHKAN KEBODOHAN ANDA SEBAGAI PEMIMPIN YANG GAGAL MEYAKINKAN MASYARAKAT FELDA. BIAR SIAPA PUN YANG DATANG, BIAR APA PUN CERITA YANG DSAI BAWA, ANDA SEBAGAI PEMIMPIN SETEMPAT MESTILAH BERPERANAN MEYAKINKAN CERITA ANDA ADALAH BENAR DAN CERITA DSAI TIDAK BETUL. ANDA TAK PERLU TAKUT TAPI ANDA MESTI YAKIN DENGAN DIRI ANDA, JIKA TIDAK, JANGAN BEREBUT NAK JADI PEMIMPIN TAPI ANDA SEBENARNYA TIDAK LAYAK MENJAWAT JAWATAN TERSEBUT.
BalasPadam