Khamis, 19 Mei 2011

Fuhh..Ibrahim Akan Teruskan Jihad..Pak Polisi Buat Bodoh ke..??

Kesediaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali melancarkan perang jihad ke atas komuniti Kristian mendatangkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata, beliau menyerahkan kepada polis menyiasat laporan dibuat ke atasnya.

“Saya tidak mahu layan semua serangan itu. Biar polis jalankan tugas mereka jika saya bersalah.

“Tetapi saya akan terus berjihad mempertahankan kedaulatan Islam, hak pribumi serta kedudukan raja-raja Melayu walau apa pun terjadi,” katanya kepada Sinar Harian.

Sejak Ahli Parlimen Pasir Mas itu menyatakan kesediaan melancarkan perang jihad itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan beliau kerana didakwa mencetuskan keadaan tidak aman dalam negara.

Selain itu, terdapat sesetengah pihak mendesak Ibrahim ditahan mengikut Seksyen 4 Akta Darurat kerana keluarkan kenyataan tidak sepatutnya.

Ibrahim berkata, beliau tidak mahu mengendahkan gesaan itu sebaliknya mahu pihak terbabit sedar dengan apa mereka katakan.

Menurutnya, kata-kata diucapkan tidak berbangkit kerana negara sudah aman lebih 50 tahun kecuali tragedi pahit 13 Mei 1969.

“Jika ada pihak terus mencabar dan membuat tuntutan bercanggah dengan Fasal 152 (2) dan Fasal 153 (Perlembagaan Persekutuan), saya akan bangkit.

“Perkara itu telah terjadi, apabila banyak gambar tidak sepatutnya (disiarkan) hingga menghina Islam dan menyentuh sensitiviti orang Melayu,” katanya.

Pihak berkenaan, menurutnya, melakukan pelbagai cara tanpa rasa bersalah dan disebabkan itu mereka tidak patut melenting apabila perbuatan mereka disanggah.

4 ulasan:

  1. katak ibrahim ni memang bodohlah cakap nak pertahan hak pribumi..jangan lupa pribumi kat sabah n sarawak majoritinya kristian..kalo dah otak tu pencacai memang begini la jadinya.. lagi satu kata nak pertahankan kedaulatan islam tetapi dulu masa isu judi napa diam je.. bangang punya katak...!!

    BalasPadam
  2. Dah la tu al-kataki.... kesihatan kau tu lebih utama daripada jihad yang sia-sia tu. Bersyukurlah atas nikmat yang Allah berikan kepada kamu antaranya ...MP Pasir Mas atas tiket PAS...dan jangan campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. Janganlah teruskan kerja-kerja Pekasam yang tak menguntungkan ummah.

    BalasPadam
  3. Pak katak ni cakap je boleh la,,,,bila berlaku betul...pak katak ni yang lari dulu gi oversea....rakyat gak yang tanggung ...rakyat nak lari mane...pak katak ni pun pasang bodyguard..

    BalasPadam
  4. pak katak..
    dah lah,jangan buat malu pada orang pasir mas dan kelantan am nya dengan gelagat bodoh anda.

    BalasPadam