Jumaat, 20 Mei 2011

Harapan Gila "Hardcore" Umno..Sebelum "Umno" Mati.

Nordin Kardi berkata, BN tidak harus menunggu sehingga benar-benar lemah dan hampir lemas baharu cuba berenang mencari tebing.

Kata beliau, amat menarik apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini seperti dengan sengaja memilih masa yang agak sama menyerukan PAS meninggalkan pakatan pembangkang sambil memberi amaran kepada kaum Cina supaya tidak mengharapkan perwakilan yang biasa dalam Kabinet sekiranya mereka tidak memilih mana-mana parti Cina yang menjadi komponen BN dalam PRU yang akan datang.

“Seruan itu seperti hanya kurang sedikit daripada secara terang-terangan menjemput PAS menyertai BN dan juga kurang sedikit daripada memberi altimatum kepada MCA dan Gerakan supaya ‘take it or leave it’, sambil pada masa yang sama menghitung sejarah bahawa MCA terutamanya tidak pernah tidak setia kepada ikatan yang telah terjalin semenjak masa merdeka dituntut,” katanya.

Katanya lagi, atas setiakawan demikianlah agaknya mengapa Najib tidak secara serentak ‘menyapa’ PAS dan DAP supaya meninggalkan PKR terkonteng-konteng sendirian.

Nordin menambah, pelbagai medium digunakan oleh pelbagai pihak dari luar bagi mengurangkan kebolehpercayaan orang ramai terutamanya pengundi terhadap kesucian ‘rumah tumpangan’ DAP dan PAS itu tetapi setakat ini mereka masih mampu di situ.

“Sebaliknya, rumah BN sendiri yang seperti bergoyang-goyang dari dalam,” kata beliau.

Nordin menambah, hal ini mendorongnya meneliti semula tentang sentimen BN tidak boleh menerima DAP menjadi pengongsi rumah besar itu.

Mengambil kita latar belakang PAP dan DAP, kata beliau, secara ideologi nampaknya Umno dan DAP boleh duduk bersama dengan selesa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan