Selasa, 3 Mei 2011

Lagii...Kenyataan "Buta Islam" Pemimpim Umno..

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad pada Isnin.

Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

"Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini.

Najib berkata kerajaan Malaysia telah mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman yang keterlaluan ataupun ekstrem.

"Ini adalah selaras dengan prinsip agama Islam di mana perbuatan membunuh orang awam adalah dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam," katanya.

Najib berkata Osama telah menggunakan Islam dalam perjuangannya dan telah memberi imej yang cukup negatif dan buruk terhadap Islam. "Sebab itulah, sebagai negara di mana majoritinya umat Islam, kita mesti juga menunjukkan pendirian kita yang mana dalam kita memartabatkan Islam, dalam kita memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya, kita mesti berpegang pada prinsip yang dibenarkan atau selaras dengan kehendak Islam." katanya.

3 ulasan:

  1. ada orang lslam berpuas hati bila pejuang lslam mati ditangan orang kafir, ada orang lslam juga menganggap pejuang lslam sebagai terrorist, maka sudah tentu orang kafir lagi kuat bencinya pada orang lslam. ALLAH maha mengetahui, lslam itu agama MU ya Allah, peliharalah kami yang mematuhi agama MU bukan pada mereka yang memutarbelitkan.

    BalasPadam
  2. subhanaallah..gua malu kata2 PM gua ni..inikah kata2 peminpin yg mendakwa negaranya negara islam? menghina sesama islam..mengEGO dengan kekapiran!

    BalasPadam
  3. KATA-KATA JAHAT SEORANG PEMINPIN ISLAM..BUAT MALU BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM..NAJIB ALTANTOYA MENAMBAHKAN LAGI SENTIMEN ISLAMOFOBIA DI MATA DUNIA.DASHYAT..DASHYAT..BAK KATA NAZMI RAJA LAWAK..

    BalasPadam