Rabu, 4 Mei 2011

Pegawai Kanan Polis Jalankan Kempen Fitnah Umno..??

Semua jabatan kerajaan, jentera kerajaan, pasukan keselamatan dan terkini gunakan pegawai kanan pasukan keselamatan untuk jadi agen politik Umno-BN.

Keadaan politik di negara ini dah semakin merapu dan caca-marba dah. Pasukan keselamatan yang sepatutnya menjaga keamanan negara digunakan untuk jaga kuasa kerajaan Umno-BN.


Datuk Dr Haji Abd Rahman Ismail dari cawangan khas didakwa menjadi agen jalankan kempen politik Umno-BN. | foto Keadilandaily
Kini dilaporkan pegawai kanan polis telah dipergunakan untuk jalankan kempen fitnah politik terhadap parti Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali, salah seorang pegawai kanan polis, Datuk Dr Haji Abd Rahman Ismail dari cawangan khas telah memgunakan pejabat Pelajaran Daerah Bachok, Kelantan bagi menyebarkan fitnah kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Keadilandaily semalam.

Fitnah itu, katanya, dibuat pada program ‘Seminar isu-isu keselamatan negara masa kini yang dirasmikan Timbalan menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin bertarikh 19 Februari 2011 di Dewan Sri Bentara, Sekolah Menengah Beris Panchor.

Menurutnya, program tersebut merupakan satu daripada 4 siri seminar yang melibatkan 2000 warga pendidik di seluruh negeri Kelantan.

“Seminar yang disampaikan oleh SAC 1 Ismail Abd Rahman bukannya mengenai keselamatan negara, tetapi mengupas mengenai isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga menyentuh mengenai tragedi Memali, di Kedah,” tegas Azmin dalam sidang media sambil menunjukkan bukti bergambar penglibatan pegawai kanan polis itu.

Hasil daripada pendedahan itu, PKR menuntut penjelasan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar berhubung sikap pegawai kanan polis berkenaan.

Dalam pada itu, Azmin turut mempersoalkan integriti pasukan polis yang sepatutnya menjalankan tugas menjaga keamanan negara dan bukannya menjadi barua Umno-BN.

“Apakah jaminan ketua polis negara dan timbalan ketua polis negara untuk memastikan institusi polis yang berwibawa terhadap keselamatan negara ini, jika mereka sendiri terlibat dengan agenda politik Umno dan Barisan Nasional
“Sila jawab persoalan ini dengan jujur,” pinta Azmin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan