Harussani yang dilantik sebagai Mufti Perak pada 1985 berkata, kontrak beliau yang tamat pada 8 April lepas telah disambung untuk tiga tahun lagi berkuat kuasa 9 April dengan perkenan Sultan Perak.
"Pelantikan jawatan mufti di Perak adalah atas budi bicara Sultan Perak bukan kerana permohonan... saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan kerana umur saya sudah 72 tahun dan saya tak tahu apakah mungkin mampu lagi saya terus berkhidmat pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, Isnin.
Beliau melahirkan rasa gembira kerana diberikan penghormatan untuk terus memegang jawatan penting itu oleh Sultan Perak.
Semasa berucap pada majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang berlangsung di sini pada sebelah pagi, Harussani dengan nada sebak berkata beliau kemungkinan tidak akan mempengerusikan muzakarah itu pada masa akan datang disebabkan faktor usia dan kesihatan.
hak yang lame jugae...
BalasPadam