Selasa, 28 Jun 2011

Kenyataan "Lidah Biawak" Pencacai No.1 Umno...

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yakin perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan akan bertukar menjadi rusuhan sekiranya dibenarkan berlangsung.

Keyakinan itu katanya timbul berdasarkan pengalaman di mana kekecohan sememangnya sengaja diatur sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu ke mahkamah bagi mendepani setiap pertuduhan ke atasnya.

Selain itu, katanya, jangkaan itu dibuat berdasarkan kepada tindak-tanduk politik pembangkang yang disifatkan tidak mempunyai batasan kerana sanggup berbuat apa sahaja demi kelangsungan politik mereka.

"Politik tanpa batas inilah menyebabkan kami (bekas PKR) keluar parti di mana mereka berusaha bersungguh-sungguh mahu ke Putrajaya melalui dua kaedah iaitu menipu dan memutar belit seperti yang dilakukan sekarang.

"Saya dah biasa dengan mereka. Mereka akan timbulkan keresahan di kalangan rakyat sehingga berlaku tangkapan terhadap individu tertentu.

"Selepas itu rakyat akan marah dan ramai di antara mereka akan turun pada hari ditetapkan bagi merusuh. Kalau kita biasa dengan mereka, memang itulah taktiknya," kata beliau kepada pemberita di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Perhimpunan tersebut bakal diadakan tujuh hari sebelum Anwar dijadualkan perlu membela diri berhubung kes liwatnya ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Anwar seboleh-bolehnya memang mengharapkan rusuhan tersebut berlaku kerana beliau tidak mahu hadir di mahkamah di mana isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail perlu menjadi saksi.

"Beliau tidak berani dengan semua itu dan sanggup ambil risiko agar berlaku rusuhan. Taktik sama juga digunakan pada 1998 di mana saya sendiri terlibat menimbulkan kekecohan sewaktu beliau mahu dihadapkan di mahkamah," ujarnya.

Justeru katanya, bagi menghalang perkara itu berlaku, kerajaan diminta tidak lagi bertolak ansur dengan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menjayakan perhimpunan haram tersebut.

"Kerajaan kita terlampau bertolak ansur. Orang tolak kita, kita terus beransur. Tak bolehlah begitu... Kita tidak boleh lagi bersikap defensif.

"Tindakan tegas perlu diambil di mana kita perlu bersikap menyerang. Puak pembangkang ini tidak faham bahasa diplomasi dan disebabkan itu kita perlu gunakan 'bahasa lain'," katanya.

2 ulasan:

  1. tak usah dipedulikan peguam gila yg sekor nih... mulut dah bebuih cakap bohong sampai dah nak naik sawan babi pulak tuh...

    BalasPadam
  2. dajai sungguh dia ni,dia punya jilat sampai tera tu ka,eh..eh eh... tak sangka.dapat pulak datuk hooo.tapi kawasan tah balik ke tidak pun tak tau.

    BalasPadam