Khamis, 30 Jun 2011

Negara Selamat..??.Main Futsal Pun Kena Rompak..

Lapan sahabat yang menghabiskan masa lapang mereka dengan bermain futsal di USJ2 berakhir dengan kesemua barangan berharga mereka dicuri.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Zainal Rashid Abu Bakar berkata, kesemua mangsa sedang bermain futsal pada Ahad lalu apabila mereka tiba-tiba didatangi oleh empat lelaki bersenjatakan parang.

“Mereka mengugut kesemua mangsa agar menyerahkan wang dan lain-lain barangan berharga,” katanya.

ACP Zainal berkata, keempat-empat suspek berkenaan melarikan RM800, beberapa telefon bimbit dan juga sebuah kereta milik mangsa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan