Ahad, 19 Jun 2011

Tu diaaa...!!! Najib terhincit, Halang Mat Sabu, Khairy Pidato...!

Penampilan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai seorang daripada pemidato semasa pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia malam tadi dibatalkan. Menurut Harakahdaily, difahamkan pembatalan itu dibuat oleh pihak penganjur setelah “mendapat tekanan” daripada Pejabat Perdana Menteri.

"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato. "Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi," kata salah seorang petugas yang tidak mahu identitinya diumumkan. Pihak penganjur juga menutup nama Mohamad dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar yang dijemput sebagai mewakili BN pada backdrop di pentas.

Mohamad yang dihubungi Harakahdaily juga mengesahkan pembatalan itu. "Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit. "Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini.

"Saya rasa dipermainkan," katanya dengan nada kecewa.

Jurangan : Nampak benor takutnye...Baik hang berpidato dengan bik Mama je Najib oiii...

5 ulasan:

  1. Najib mana berani nak bagi MAT SABU berpidato.Kalau nak bandingkan pidato MAT SABU dengan Najib ...jauh panggang dari api.Apa rekod yang menunjukkan pidato Najib baik???? Kalaulah bukan dik kerana dia tu anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia...rasa-rasanya tak ada peluang anak ajadi PM.Itulah diskriminasi yang ditunjukkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat.Kalaulah ANUAR yang datang...Najib langsung tak jenguk muka agaknya.

    BalasPadam
  2. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat bukannya negara kebajikan seperti yang dikehendaki oleh DAP!

    BalasPadam
  3. Tungkaran Hati, blahla lu woi. Sana sini blog memekak. Yang kelakarnya ayat sama je dari tahun lepas. Ke kau ni komputer operated.

    BalasPadam
  4. woit tunkaran hati!
    apa ke bodohnye engko ni....
    Baik PAS pilih DAP yng menyokong dasar negara berkebajikan drp pilih umporno yng m;utamakan dasar negara berasuah!

    BalasPadam
  5. siapa kamu tunkaran hati,,,nas mana kamu ikut,,,,adakah terdapat lain nas yang membuat hujah mu sebegitu...ku tak tahu ku tanya...pada yang tahu...tidak ku bercakap mengikut emosi semata...

    BalasPadam