Mereka bemewah-mewah dengan cincin RM24.4 juta semasa dan dalam keadaan kita dan anak-anak terpaksa mengikat perut untuk hidup. Butakah kita..pekakkah kita..bisukah kita..Islam datang untuk menunjukkan kita bagaimana kita menjadi manusia yang ada pendirian dan jati diri..Jangan jadikan diri kita sedayus yang ada,kematian Sdr Baharuddin adalah harga yang sangat mahal terpaksa kita bayar untuk mengembalikan demokrasi di negara ini ...bangkitlah!!
Barang diingat...sesungguhnya tragedi malang kematian ahli PAS dalam Himpunan Bersih sabtu lalu dijangka akan terus menjadi isu utama yang menjejaskan pemerintah Zalim BN sehingga ke pilihan raya umum akan datang, yang kini mungkin akan diadakan lebih lewat.
Dalam masa 48 jam yang lalu,seramai tidak kurang 100 000 rakyat Malaysia telah menyatakan pendirian mereka dalam laman twitter dan fb (Klik) agar PM Si Najib segera berundur supaya Kezalimannya terhadap rakyat akan segera berakhir.
Untuk pengetahuan rakyat Malaysia..Di negara-negara yang mengalami kebangkitan rakyat sebelum ini, kematian seperti ini dijadikan kempen menggugat rejim pemerintah sehingga membawa kepada tumbangnya kerajaan.
Di Tunisia, kematian seorang penjual buah, Mohamad Bouazizi pada awal Januari tahun ini menjadi isu tumpuan sehingga mencetuskan protes besar-besaran yang akhirnya menjatuhkan rejim memerintah.
Di Mesir, kematian Khaled Said mencetuskan kemarahan ramai dan menjadi satu simbol penentangan terhadap rejim Presiden Hosni Mubarak, yang akhirnya tumbang selepas tercetus kebangkitan besar-besaran.
Khaled menjadi satu simbol untuk membina sokongan menentang rejim Mubarak. Kumpulan Facebook We Are All Khaled Said menjadi salah satu elemen yang membina kebangkitan menentang kerajaan Mesir ketika itu.
Sebelum itu, di Iran pada 2009, kematian Neda Agha-Soltan turut menjadikannya simbol penentangan terhadap kepimpinan republik itu, sehingga mencetuskan protes besar-besaran yang menggugat pemerintah. Kerajaan pimpinan Presiden Mahmoud Ahmadinejad walau bagaimanapun tidak berjaya dijatuhkan
Pakatan Rakyat, penggerak utama perhimpunan Bersih kedua semalam menyifatkan demonstrasi semalam sebagai berjaya mencapai matlamat. Kematian Baharuddin dijangka mencetuskan lagi protes dalam pelbagai bentuk terhadap pentadbiran Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan