Ahad, 3 Julai 2011

Bersih..Kerajaan Guna Cara Paling Berhemah - Najib

Kerajaan akan menggunakan kuasanya secara berhemah dalam menangani isu perhimpunan haram bagi mengelak sebarang salah tafsir dan dipertikaikan kemudian nanti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak mahu adapihak yang membuat tafsiran tidak tepat dan mempersoalkan kuasa yang digunakan kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak.

"Sebab itu dalam menumpukan kepada keamanan dan ketenteraman awam, kitaharus pastikan kuasa yang digunakan tidak menjadikan rakyat tidak faham kuasayang digunakan oleh polis atau kerajaan," katanya pada sidang media di sini Sabtu.

"Saya sedar ada niat yang mahu menyalahkan polis untuk menggambarkan polisitu menggunakan kuasa, zalim dan keterlaluan dan nawaitu mereka itu mahumenggambarkan kerajaan sebagai autokratik dan tidak mengikut perubahan zaman," katanya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam memberi amaran tegas kepada semuapihak yang berhasrat menganjurkan perhimpunan haram pada 9 Julai termasuk tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Polis juga memberi nasihat kepada tiga pihak iaitu yang berhasrat mengadakanperhimpunan seumpamanya pada hari itu iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih danAdil (Bersih), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan PergerakanPemuda UMNO.

Najib menegaskan, dalam isu perhimpunan haram itu, kerajaan tidak menolakhasrat untuk mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih, malah komited untuk memastikan pelaksanaannya.

Buktinya, kata Najib boleh dilihat pada keputusan pilihan raya lepas yangmenyaksikan parti pembangkang mencipta kejayaan luar biasa sehingga menguasai lima negeri dan 82 kerusi Parlimen.

"Kalau kita boleh manipulasi (pilihan raya) perkara seperti ini tidak akanberlaku. Takkan kita hendak serahkan Kelantan pada PAS selama 21 tahun,"katanya.

Terdahulu, Najib disambut kira-kira 15,000 rakyat sempena Majlis PerhimpunanBersama Rakyat dan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors di padangSekolah Rendah Machang 1 sempena lawatan seharinya di sini Sabtu.

1 ulasan:

  1. Cara berhemah disokong untok kebaikan semua disebaliknya untong berjuta juta yang sekarang kita tak nampak. Sokong cara berhemah.....

    BalasPadam