Jumaat, 22 Julai 2011

Betul ke Guru Nii..Pegang Buah Dada Murid..??

Ketua guru disiplin, Ismazi@Megat Ismazi Ismail didakwa mengaku ada menyentuh bahagian leher 11 pelajar perempuan yang tidak menghadiri perhimpunan sekolah pada pagi 25 Februari lalu.

Namun ia dinafikan oleh semua mangsa yang menuduh guru berkenaan berbohong kerana tertuduh didakwa turut menyentuh buah dada mereka.

Demikian diberitahu oleh saksi, Ricky Toong Foo Weng (gambar), 25, semasa menyambung pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suzana Abdul Latiff dalam perbicaraan Ismazi@Megat Ismazi, 48, yang didakwa mencabul 11 orang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini.

Kejadian itu didakwa berlaku di dalam bilik guru disiplin antara pukul 7.30 hingga 8.30 pagi pada 25 Februari lalu.

Difahamkan perbuatan cabul itu berlaku ketika 11 pelajar itu tidak hadir perhimpunan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana hukuman itu jika disabit kesalahan.

Terdahulu, saksi berkata, tiga hari selepas kejadian, pihak sekolah mengadakan mesyuarat antara tertuduh, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa dan 11 mangsa bagi mencari penyelesaian.

5 ulasan:

  1. ada pelik ke kat malaysia ni sebab pemimpin dipilih dengan sistem spr yang KOTOR...maka ini lah hasilnya..ada engkau kisah????

    BalasPadam
  2. kalau murid yang betul, maka cikgu tersebut tidaklah layak digelar guru..
    tapi kalau guru yang betul.. maka negara kita sbnrnya dlm bahaya..

    BalasPadam
  3. Gua sokong 200% sama lu Mustakim,bahaya dan Rosmah Kaya Raya.

    BalasPadam
  4. aku kurang yakin che gu ni buat, pertama murid ni bermasalah, kedua 11 murid takkan che gu ni bangang nak cabul kesemua mereka. Kasihan che gu ni tak ada saksi lain bakal kantoi lah dengan pengakuan 11 anak muridnya sendiri.

    BalasPadam
  5. btl3 kadang2 bdk 2 yg bermasalah...dia dah dihadapkan ke disiplin...nk lepaskan diri maka dia berpakat dgn kuncu2nya utk kenakan guru ni...bdk skrg byk yg kurang ajar..klau btl r guru nii x bersalah...mampus 11 org pelajar nii...jwb lah kau disana nanti..kerana menaburkan fitnah

    BalasPadam