Jumaat, 1 Julai 2011

Doktor Bangang...Pendemo Bersih 0.2 Disuruh Bertaubat..??

Umat Islam yang ingin menyertai perhimpunan haram 9 Julai ini dinasihati segera bertaubat kerana perhimpunan itu ditegah oleh Islam disebabkan ia hanya akan membawa kerosakan, kata ahli akademik Islam.

Mereka berkata, Islam tidak menggalakkan sebarang kekerasan, dan perhimpunan sebegitu walaupun dimulakan dengan aman, pasti akan berakhir dengan keganasan seperti yang berlaku sewaktu perhimpunan Reformasi 1998 dan Bersih 1.0 pada 2007.

Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Dr Fadlan Mohd Othman berkata bahawa daripada kaca mata Islam, tidak ada sebarang dalil daripada Al-Quran yang membenarkan perhimpunan sebegitu dilakukan.

"Saranan kita kepada orang Islam yang sudah mendengar amaran daripada polis tapi masih lagi berniat nak pergi, batalkan niat berkenaan kerana risikonya untuk membawa kepada kefasadan dan kerosakan adalah besar.

"Mengikut kaedah Feqah, sebarang jalan walaupun niatnya baik tetapi jika ia mempunyai kecenderungan untuk membawa kerosakan, maka jalan itu hendaklah ditutup," katanya.

Fadlan berkata kenyataan Polis Diraja Malaysia bahawa perhimpunan sebegitu akan mendatangkan kemudaratan harus diambil kira.

"Apa yang disebut oleh polis merupakan satu benda yang telah diperhatikan dan kerosakan itu dapat kita lihat dalam demonstrasi haram yang pernah dijalankan sebelum ini," katanya.

Juragan : fuhh,,ada juga spesis pengampu tahap gaban,inilah yang nabi kata ulamak suk (Jahat) mereka akan keluar kalau di arahkan oleh penguasa..lepas tu masuk semula ke dalam sarang mereka.

10 ulasan:

  1. dia ni ulamak ke? terompah kayu

    BalasPadam
  2. Ular dalam semak.....

    BalasPadam
  3. Ni nama dia ulaq dalam semak,tidakpun al ulamak warasatun kedai mamak.Bila bab rakyat tanggung susah lidah hang pi tauk tang mana? Bila rakyat tuntut keadilan pada pemerintah hang larang.Sahabat Nabi tak pa la depa tegoq pemerintah tak payah bagi tau orang ramai.Hang sapa nak pecaya,muka hang nak tegoq pemerintah...

    BalasPadam
  4. ini dokto jubo... baru belajo baca 2/3 hadith kot... dah nak bercakap pasal ummah... apa dokto ni tak jumpa ke hadith tentang pemimpin2 yg zalim dan jahat yg boleh memudharatkan ummah dan agama... woi dokto... ko buta ke atau pekak badak ke... pemimpin2 laknat yg ada ni nak pertahankan kuasa mereka. kalau mereka kalah mereka akan masok lokap termasuk pee em laki bini. jadi mereka sanggup lakukan apa saja utk mengekalkan kuasa mereka... kalau dah pemimpin merogol dan bunuh anak orang, berzina, makan rasuah, tipu duit rakyat, mempermainkan hukum syariat... kita kena sokong jugak ke demi keamanan dan kesenangan hidup... boleh ke gadai perinsip agama... doktor belajo guna kitab yahudi ker... boddddohhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  5. aku nak tambah sket ... aku nasihatkan dokto yg bertaubat... bela janggut buat perangai kambing... woi boddoh bela janggut tu sunnah nabi, jadi jagalah akhlak dan jangan buat kerja boddoh... makin ramai dokto2 boddoh kat m'sia nih...

    BalasPadam
  6. Baiqla dia nak cari makan banyak2 kat dunia ni dia pandai kat sini disana nanti dia akan tahu azab bersekongkol dgn penipu, perompak,munafik dan serba kejahilan.

    BalasPadam
  7. Bagus dia pada hang.... dia ada otak...

    BalasPadam
  8. BAGUS DIDUNIA DIA BOLEH BELIT, DIAKHIRAT DIA BELIT JUGAKAH

    BalasPadam
  9. BACA BAIK-BAIK ULAMA-UMNO,UMNO/BN TIKET KEPADA MAKSIAT dan RASUAH,SALAHKAH 8TUNTUTAN UNTUK BERDEMO SECARA AMAN DIPERUNTUKKAN SENDIRI OLEH UNDANG-UNDANG NEGARA YANG UMNO SENDIRI CIPTA,COBA TENNGOK DAN JANGANJADI BENGOK:-
    Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

    1. Bersihkan senarai undi

    • Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

    • Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

    2. Mereformasikan undi pos

    • SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

    • Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

    • Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

    3. Gunakan dakwat kekal

    • Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

    4. Masa kempen minima 21 hari

    • Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

    • Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

    5. Akses media yang bebas dan adil

    • RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

    • Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

    • Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

    6. Kukuhkan institusi awam

    Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
    Contohnya :

    Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

    Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

    Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

    Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

    7. Hentikan rasuah

    Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

    Pembelian undi harus dihentikan!

    Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

    8. Hentikan politik kotor

    BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

    BalasPadam