Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas terlanggar satu tayar yang jatuh dari sebuah lori di Km 375.8 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Tanjung Malim malam tadi.
Ketua Polis Trafik Perak Supt Wan Abdullah Ishak berkata dalam kejadian pada 8 malam tadi, Syed Ahmad Mubarak Syed Omar, 25, dari Pulau Pinang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur tayar yang terjatuh dari lori di hadapannya dan terbabas di atas jalan.
Syed Ahmad Mubarak mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di Hospital Slim River.
Dalam kejadian itu, lima buah kereta turut terbabas kerana mengelak tayar itu, kata Wan Abdullah.
gambar tu gambar arwah Syed ke?
BalasPadamTu gambar Arwah ka? Tak mungkin i rasa sbb accident tu malam, pukul 8 lebih, gambar ni siang..??
BalasPadammungkin tu sekadar gambar contoh je...
BalasPadamerm, salam..... saya tunang arwah.... ni bkn pict arwah syed. ini sebagai gambar hiasan shj. harap maklum...
BalasPadamdan ada kesilapan, tiada sebarang kecederaan di kepala atau anggota badan yang lain, namun pendarahan dalaman yang menyebabkan kematian... maaf jika terkasar, tapi sebelum menulis sebarang artikel, sila dapatkan pengesahan dahulu... tq..
BalasPadam