Isnin, 4 Julai 2011

Subhanallah Hebat Pak Din nii...Lu Orang Kenal ke??

DARI Petaling Jaya merentasi laluan sutera di Kunming, China, turun ke India, kemudian menjelajah Iran, Turki, Greece, Yugoslavia, Austria, Jerman, Perancis dan berakhir di London, England.

Itulah laluan yang bakal ditempuhi pesara guru, Mohammed Adnan Osman, 69 yang mahu melakar sejarah mengembara dengan basikal bagi menyaksikan Sukan Olimpik, London 2012 akan datang.

Bukan dekat perjalanan yang akan dilalui Adnan itu nanti, ia membabitkan perjalanan kira-kira 20,000 kilometer (km). Timbul juga tanda tanya, apakah Adnan mampu berbasikal secara solo sejauh 20,000 kilometer itu sedangkan kemampuan dan usianya yang sudah semakin lanjut boleh dipertikaikan?

“Jangan nilai seseorang dari usianya saja? Usia bukan ukuran, kekuatan fizikal diikuti azam dan keinginan itu adalah penentu. Bak kata pepatah, jika ada kemahuan di situ ada jalan,” kata Adnan.

JuRaGan : Subhanallah...Umor dah 70 tapi masih kuatt..Malangnya Pak Nan ni lupa,bahawa Islam datang nak tunjukkan kita bagaimana menggunakan umur yang telah senja agar hidup kita tidak sia-sia dan diredhoi Allah.

20 000 km berbasikat dengan mendedahkan aurat..masyaAllah..Lu Orang Sendiri Mau Ingat braderr...Buatlah sesuatu yang menguntungkan kita didunia dan diakhirat,sesiapa yang menolong ( Memperjuangkan) agama Allah,Maka Allah pasti akan menolong mereka.


8 ulasan:

  1. Tak payah lah kayuh2 basikal sampai 20000KM...dapat apa pakcik?

    dapat penat je lah..

    Islam agama yang mudah, nak dapat pahala dan keampunan tak perlu susah2 kayuh basikal atau cucuk2 / pukul badan, cukup lah 5 kali sehari berjemaah di masjid..

    lagipun pakcik dah tua, gunakanlah kederat yang masih berbaki untuk ke masjid bukan tiru macam orang muda...

    just 5 times a day, insyaallah..

    BalasPadam
  2. Lebih baik pergi himpunan Bersih kalau kena katuk gerenti mati Syahid..Kalau naik basikal dgn seluar pendek dibuatnya xcident mcm mana mati..Wallahualam.

    BalasPadam
  3. Kalaulah berkayuh basikal kerana tujuannya nak melaksanakan Haji atau Umrahkah, kan lebih baik. Guna usia bonus yang diberi Allah swt dengan bertawakal, beribadat pada Nya. Allah swt lebih hebat. Manusia hebat ......

    BalasPadam
  4. Dah tua pun pakai seluar pendek lagi..tak menutup aurat..apa hukum dia?? sendiri pikirla...

    BalasPadam
  5. aku jugak guru bersara4 Julai 2011 pada 1:10 PTG

    aloo Pak Din......

    hang bawak lap top ke tidak???.....
    kalu hang bawak......hang baca laa komen dlm blog nie.....lepaih tu hang tukaq channel.....
    pi beli kain ihram.....tukaq laluan ke Mekah.......itu lebih 1ooooooooooo kali lebih utama dari dok pi tengok olimpik tu......
    kalu padam kok tengah jalan.....dah tentu dpt ganjaran baik dan keredhoan dari Allah.......

    BalasPadam
  6. Sisa umur subsidi yang Allah berikan itu, gunakanlah untuk buat amal ibadat..buat umrah atau haji ke , bukankah lebih baik . Allah bagi akal , lu fikirlah snediri!

    BalasPadam
  7. pak denan ni misti orang umno... kahkahkah

    BalasPadam
  8. seksi la tok wan niiiii. HARAM TUUUU

    BalasPadam