Selasa, 5 Julai 2011

Hebatt...Siap Edar Borang Sebagai Persiapan...

Kegiatan mengedar borang peneroka baru Felda adalah sebagai persiapan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menerajui pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas negeri, Abdul Rahman Ramli berkata, tanah milik Felda di seluruh negara dipercayai mencukupi untuk menampung kira-kira 80,000 peneroka baru.

“Kita bukan tawar kepada anak peneroka sahaja, malah untuk bekas kakitangan Felda berpendapatan rendah dan bekas tentera.

“Tindakan itu cuma untuk bantu masyarakat Felda bukan bertujuan pecah-belahkan mereka,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar Sinar Harian pada 1 Julai lalu, berhubung kenyataan Pengurus Felda Titi, Salahuddin Mat, yang menyifatkan pengedaran borang peneroka baru oleh pembangkang sebagai taktik bagi meraih sokongan generasi kedua Felda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan