Selasa, 26 Julai 2011

Inikah Bilik Bawah Tanah SPRM..??Lepas ni Ada Pulak Yang Tanam Diri Hidup-hidup..

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuktikan keseriusan mereka melaksanakan cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja dengan mempamerkan kepada media bilik soal-siasatnya yang baru yang terletak di bahagian bawah tanah di Putrajaya. NONE

Tiga puluh enam bilik soal-siasat seumpama itu yang bernilai kira-kira antara RM140,000 dan RM160,000 setiap satu akan didirikan di seluruh negara bagi membuktikan ketelusan SPRM ketika mencatatakan rakaman daripada saksi dan mereka yang dituduh.

Pengarah siasatan SPRM Mustafar Ali berkata sistem yang sama diguna-pakai oleh pihak berkuasa anti rasuah di Hong Kong. "Saksi atau tertuduh akan dibawa ke bilik soal-siasat, di mana kenyataan mereka akan dirakamkan secara visual dan audio melalui peralatan rakaman. Bagi suspek, kami akan bekalkan sesalinan rakaman itu.

Bagi saksi, kami akan mengemukakan salinan rakaman, jika mereka tidak beri kerjasama ketika beri keterangan di mahkamah,” kata Mustafar. Dengan langkah ini, beliau berharap reputasi SPRM sebagai badan pencegah rasuah dapat dipulihkan.

"Sebenarnya, moral kami tetap tinggi di sebalik saranan RCI,” kata Mustafar ketika membawa wartawan melihat bilik soal-siasat yang bercorak seperti bunker di paras B1 ibu pejabatnya di Putrajaya.


JuRaGan : Lepas nii..ada pulak suspek kes yang bunuh diri dengan menanam diri hidup-hidup dalam tanah...Itu sebab nama baru SPRM ialah Suruhanjaya Pengurusan Rumah Mayat..kuah3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan