Portal Malaysiakini semalam memetik seorang pelajar yang menyaksikan sendiri seorang warga emas dihenyak oleh polis dalam cubaan menyuraikan himpunan aman berkenaan di hadapan KLCC dan merasakan mangsa adalah Allahyarham Baharuddin. (Gambar Hanya Hiasan)
"Saya rasa itulah pakcik yang meninggal itu. Saya nampak dia jatuh, kemudian saya nampak polis tengah hurung dia, tapi itu saya tak sempat rakam sebab saya tengah lari.
"Saya tak pasti tapi saya rasa dialah. Orang itu memang kena lanyak,"kata pelajar itu.
Menurut pelajar itu lagi, beliau melihat polis memegang kedua-dua belah tangan lelaki berkenaan dan menghenyak lelaki itu ke permukaan jalan.
"(Warga tua itu) dah jatuh, kemudian polis hurung dia. Saya nampak macam mereka henyak dia, saya nampak macam guna kaki. Yang saya nampak polis ada lima orang polis yang hurung," katanya lagi.
Mengulas lanjut insiden yang menyayat hati itu, Surendran berkata, kejadian tidak diingini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya polis bertindak mengikut etika dan berperikemanusiaan dalam menjalankan tugas.
"Sekiranya polis tidak menggunakan kekerasan dalam menyuraikan perhimpunan secara aman, kematian seumpama ini tidak mungkin akan berlaku,"katanya.
Namun apa yang dikesalkan kata Surendran, pihak polis tampil memberi alasan seperti skrip lama dengan menyatakan mereka tidak ada kena mengena dengan kes kematian Baharuddin.
Malah, polis mendakwa mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan bukan akibat dari terdedah kepada gas pemedih mata walaupun laporan perubatan mangsa belum dikeluarkan oleh pihak hospital.
Selain Baharuddin, malah puluhan lagi mengalami kecederaan akibat tindakan ganas polis. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadi beliau, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Mohamad Sabu dan ramai lagi mengalami kecederaan akibat tindakan ganas polis.
Ditanya TvSelangor sama ada pihaknya mahu membawa kes ini ke mahkamah, Surendran menjelaskan usaha tersebut bergantung kepada keluarga mangsa dan apa yang perlu diperjuangkan sekarang ialah mengheret pihak yang bertanggungjawab untuk dikenakan hukuman sewajarnya di bawah undang-undang jenayah.
"Sama ada kes ini dibawa ke mahkamah atau tidak ianya terpulang kepada pihak keluarga mangsa kerana ia adalah inisiatif keluarga dan ianya boleh dilakukan pada satu masa selepas ini.
"Apa yang penting sekarang kita akan pastikan tindakan dibawah undang-undang jenayah diambil kepada kesemua polis yang terlibat menggunakan kekerasan ke atas rakyat,"tambah beliau lagi.
Polis pembunuh... hadapkan mereka ke muka pengadilan.
BalasPadamSaya harap Satu suruhanjaya diraja di tubuhkan untuk menyiasat segala perbuatan polis semasa perhimpunan BERSIH 2.0 709 yg lalu...
BalasPadamkalau orang dah beri amaran tapi masih berdegil. Lepas tu provok polis pulak. saja cari nahas. Lain kali kalau perkara rusuhan/rompakan berlaku di depan saudara, polis tak payah ambil pot la. Takut tertembak perompak tu. Kena saman pulak. senang-senang tak payah ada polis di Malaysia ni. Sama samseng dia kontrol semua. Tunggu la pilihanraya. Kalau nak ubah, kita ubah. Buat apa kecoh2. Melayu ni selalunya yang lebih2. Cina relak saja.Tak payah la kecoh2. Kita pakat2 muhasabah diri. Kalau SPR tak betoi mcm mana kami di kedah boleh dapat kat PAS. Penang dapat kat DAP. Selangor PKR. Apa yang tak betoi. Pasai tak PM ka? Bersyukur dengan apa yang ada. Ingatlah Allah berfirman Jika kamu bersyukur aku tambahkan rezekimu.
BalasPadamko paham tak maksud perompak ngan berdemo secara aman....?dekat negara lain berdemo siap d pantau n d bantu oleh polis..... bukan nya membunuh or menyiksa rakyat sendiri....kalau spr adil bukan takat penang n kedah ja pr menang... satu malaysia pr menang......spr tu ibarat pengadil.... kalau dah berat sebelah jawabnya satu pihak je la menang dari 50 tahun dulu... dah la media masa n elektronik tak pernah bagi ruang kat pr.. ni guna polis pulak ...ada ka d rumah satu alamt ada berpuluh n beratus pengundi....dlm kem undi pos sorang je yg pangkah kan utk semua staf dlm kem...kalau nak cita , esok pun tak habis ... dah tak larat buat rayuan n bentang dlm dewan parlimen... tapi , puak spr ni duk menipu jugak....firman ALLAH jgn sekali kali kamu mencari dari sumber yg haram..tambahan pulak dari sumber yg dtg nya dari pemerintah yg menentang hukum ALLAH....
BalasPadamdia kata mungkin....rasa...harap ada bukti kukuh baru kita bole saman
BalasPadamanon 11:45...nah ambik 10sen..pi main jauh2..
BalasPadamHoii ,mana boleh tangkap polis.. Polis di Raja Malaysia..
BalasPadamdi sini ada orang bodoh 14 Julai 11.45p.m. Bingai punya otak. Kami demo secara aman. BODO..KECIK@ TAK NAK MAMPUS..SUDA BESAR MENYUSAHKAN ORANG
BalasPadamnasib lee...sapa suruh ketegaq...
BalasPadamPolis RAJA di Malaysia!
BalasPadamini lah kenyataan yg paling bangang sekali yg pernah aku baca dr pd anon 11:45..ape punye bengap la ko...anon 11:45.
BalasPadam