Sabtu, 30 Julai 2011

MIC Beri "Amaran" Kepada Najib..Kalau Tidak PRU Kantoii..??

Presiden MIC Datuk G Palanivel hari ini mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan boleh memilih bagi tidak mengendahkan MIC dengan membiarkan BN menanggung risikonya.

Ini kerana, kata Palanivel semasa ucapannya pada mesyuarat agung tahunan ke-65 parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), permintaan untuk bantuan bagi masyarakat India akan memberi kesan kepada sokongan 850,000 undi masyarakat India.

"BN harus sedar tentang masalah masyarakat kami kerana jika tidak berhati-hati kita mungkin dalam bahaya hilang kedudukan dalam politik di negara ini.

"Jika tuan (PM Datuk Seri Najib Abdul Razak) boleh penuhi (permintaan kami), kami beri jaminan undi masyarakat India akan kembali kepada BN,” katanya sambil diberi tepukan gemuruh oleh ahli MIC.

1 ulasan:

  1. Lebih baik dia layan Badak Berendam di sebelah dia tu, daripada melayan permintaan Palanivel ni. Tak ada apa-apa hasil dan tak memberi sebarang kesan pun kalau tak dilayan. Kecuali kalau semua kaum india sekaya Ananda Krisnan.... baru boleh masyukkkkkkk....

    BalasPadam