“Pasukan perubatan yang tiba, menemui mangsa terikat pada katil dan berlumuran darah pada bahagian kemaluannya. Isterinya memasukkan sejenis racun atau ubat yang tidak diketahui dalam makanan lelaki itu untuk membuatkan suaminya mengantuk.
“Dia mengikat tangan mangsa di katil dan sebaik bangun wanita berkenaan memotong kemaluannya dengan sebilah pisau,” kata Nightengale mengenai kes di Garden Grove, tenggara Los Angeles.
Sebahagian alat kelamin berkenan ditemui dan dibawa ke hospital tetapi tidak diketahui sama ada doktor dapat menyambungkannya semula.
Selepas tiba di tempat kejadian, polis melepaskan ikatan lelaki itu dan merampas tali serta pisau dapur sepanjang 10 inci (24 sentimeter) sebagai bukti.
“Siasatan awal menunjukkan bahawa mereka berkahwin dan sedang dalam proses perceraian. Suspek memasak makan malam untuk mangsa. Suaminya memberitahu detektif bahawa dia percaya makanan itu terasa lain.
“Mangsa kemudian tertidur dan apabila bangun mendapati dirinya diikat di katil dengan isterinya menanggalkan pakaiannya sebelum memegang kemaluan dan memotongnya,” kata Nightengale.
Wanita terbabit juga ditahan kerana melakukan keganasan teruk, mengurung mangsa dan mendera pasangannya kemudian dibebaskan dengan jaminan AS$1 juta (RM3 juta).
Lelaki terbabit, yang namanya tidak disiarkan, menjalani pembedahan kecemasan dan masih dalam keadaan serius.
Insiden itu mengingatkan semula kes John Wayne Bobbitt pada 1933 yang dipotong kemaluannya dalam kejadian yang hampir sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan