Ahad, 31 Julai 2011

Panass Beb..Nik Aziz Terbabit Bincang Lantik Ku Li Ketua Pembangkang..??

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat diminta memberi penjelasan berhubung pembabitan beliau dalam perbincangan untuk mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Ketua Pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh, berkata Menteri Besar Kelantan itu juga perlu tampil memaklumkan kenapa usaha itu dilakukan tanpa pengetahuan Anwar sendiri.

“Kenapa ia dirahsiakan daripada Anwar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apakah ada pihak tertentu dalam parti pembangkang itu yang pasti Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara.
“Mungkin peguam Anwar, Karpal Singh memaklumkan kedudukan Anwar dalam perbicaraan kes liwatnya dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada DAP dan PAS hingga menyebabkan mereka mencari calon Ketua Pembangkang lain,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan wujud usaha parti pembangkang untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu bagi menggantikan Anwar.

Zahrain mendakwa tindakan terdesak memilih Ku Li itu juga sebagai persiapan parti pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.


JuRaGan : Kalau pasal jadi "Fire Stone" Melayu Umno adalah yang paling cibai,apabila riak-riak kekalahan telah kelihatan,maka segala cara dilakukan tak kira halal atau haram..Hancuss UmNooo..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan