Sabtu, 16 Julai 2011

Syabass...Saya Tidak Akan Undur!! - Azizan

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abu Bakar kekal dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan.

“Ustaz (Menteri Besar) Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas,” kata Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor, dalam satu kenyataan hari ini.

“Saya yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.”

Kenyataan ini dikeluarkan sehari sebelum Azizan (gambar) diminta PAS pusat memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja parti itu.

Laporan pagi ini memetik Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, PAS mahu Azizan memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja pusat parti itu esok rasional larangan penuh ke atas operasi pusat-pusat hiburan semasa Ramadan yang bermula bulan depan.

Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Azizan tidak dapat hadir sebaliknya akan menghantar wakil ke mesyuarat esok.

3 ulasan:

  1. sokong ustaz azizan...biar tegas orang akan hormat

    BalasPadam
  2. Kulil Haq..Walau ka na muro..Katakanlah kebenaran itu walaupun Pedih!! Allah bersama Kebenaran

    BalasPadam
  3. Syabas ustaz Azizan kerana berani menyatakan kebenaran...

    BalasPadam