Penyelidik di Kedutaan Arab Saudi Ustaz Idris Sulaiman menyifatkan seseorang yang mati akibat demonstrasi bukanlah mati syahid sebagaimana yang didakwa sebaliknya mati dalam keadaan jahiliah.
Ini kerana demonstarsi itu mengajak kepada pepecahan umat Islam sedangkan hal ini bercanggah dengan apa yang dituntut oleh agama Islam yang mahukan umatnya bersatu padu dan melarang umatnya berpecah belah.
“Dalam hadis Rasulullah saw, yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud ‘barang siapa yang menarik ketaatannya, dia akan bertemu Allah tanpa alasan, dan barang siapa yang mati tanpa bai’ah (ketaatan) di lehernya, dia telah mati dalam keadaan jahiliah”, katanya.
"Maksud mati dalam jahiliah adalah kematian yang tidak diinginkan oleh seorang muslim seperti mana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.
“Hal ini berbeza sama sekali dengan apa yang disebut-sebutkan dalam media massa, yang kebanyakan banyak dipengaruhi oleh orang-orang Barat, di mana mereka yang mati akibat demonstrasi dikatakan mati syahid.
Sedangkan Rasulullah saw berkata, ia telah mati dalam keadaan jahiliah. Jadi ini jelas menunjukkan sesuatu yang bercanggah.
“Jelas itu satu dusta, satu penyelewengan kerana (bercanggah dengan) hadis-hadis yang kita sebutkan tadi”, katanya.
Nampaknya Ustaz Idris terkilaf tentang tantang hadis tersebut, ketaatan dan bai'ah untuk pemerintahan macam mana. Adakah pemerintahan tersebut mengamalkan amar ma'aruh nahi mungkar untuk ditaati dan dibai'ah. Disini telah berlaku penyelewangan dalam menafsirkan hadis tersebut dan inilah golongan yang dipanggil, orang yang menjual agamanya dengan harga yang murah.. Wallahualam.
BalasPadamSalam.
BalasPadamItu pendapat beliau berdasarkan ilmu yang dipelajari.
Kita yang menyertai BERSIH kerana kita melihat apa yang berlaku bukan sekadar mendengar berita. Kejadian itu nyata lagi jelas menyalahi hukum agama, hukum logik @ hatta apa hukum sekali pun.
Mana mungkin kita boleh bersatu kerana mempunyai kefahaman yang berbeza, 1 nakkan keadilan & 1 nak pertahankan kebatilan... Wallahualam - ketamtrong
kita cuma mahu spr telus, walaupun bukti2 telah diberikan terutama senarai daftar pemilih namun spr dan kerajaan masih menafikannya, kenapa umno takut sangat dgn dakwat hitam,undi pos dlln, kalau umno dah ada 3juta ahli apa yg nak ditakutkan. berani krn benar, takut krn salah.
BalasPadamUstaz Wan Ji : AKU KATAKAN BAHAWA BAHARUDDIN ADALAH SYAHID !!!
BalasPadamDalam Islam kalau berguru tak boleh cuma seorang tapi kena berguru dengan seramai mungkin.. kalau nak tanya pendapat dan pandangan takleh cuma satu pihak tapi kena tanya banyak pihak barulah kita boleh buat kesimpulan berdasarkan pandangan2 yang diberikan...tanyalah pada pihak yang betul2 adil dan jujur serta diyakini pandangan mereka...pada pandangan saya Allahyarham mati kerana menuntut keadilan bukannya memerangi kerajaan.. bahkan allahyarham tidak mengangkat senjata...tambahan pula kerajaan dan pihak spr tidak adil dan menipu didalam amanah yang diberikan...Jika Allahyarham memberontak sekalipun beliau memberontak pada perkara yang benar kerana melawan kerajaan yang memaksiati Allah dan merosakkan akidah serta iman rakyat dan menyempitkan Islam..Khulafa Arrasyidin dijamin syurga yang memerintah dengan petunjuk Allah turut dicaci dan ditegur oleh rakyat tetapi disambut dengan rasa syukur dan gembira oleh Khulafa kerana masih ada rakyat menegur mereka...dan yang menegur Khulafa bukanlah calang2 orang tetapi mereka juga dikalangan para sahabat Rasulullah...jadi apa istimewanya kerajaan Malaysia sekarang yang bersumberkan cukai judi dan arak untuk tidak boleh ditegur dan dibetulkan oleh rakyat???
BalasPadamsumber dari mana statement nih? nanti ada yg kata kenyataan di pusing media pulak. apapun, ostardz ni sudah confuse ngan perkataan "menarik ketaatannya" tu.
BalasPadamaku dok tunggu jugak mana punya ulamak yg nak bawak keluar hadith yg melarang pakai baju kuning
Hadis larangan memakai serban kuning ada la. Pasai pakaian kena tanya budak-budak dan ustaz-ustaz hadis.
BalasPadamTapi yang aku pasti seandainya Rasulullah masih hidup, pasti dia akan menyahut Himpunan Bersih 2.0 sesuai dengan hadisnya yang merujuk Peristiwa Hilf al-Fudul iaitu:
Daripada Talhah bin Abdillah bin Auf bahawa Rasulullah SAW ada bersabda, "Sesungguhnya aku telah hadir di rumah Abdullah bin Jad'an dalam satu pakatan. Ia teramat aku sukai seperti kesukaanku kepada unta merah [gambaran terlalu suka]. Sekiranya aku diajak kepadanya di zaman Islam, pasti aku akan sahutinya."
Tapi aku pasti ustaz-ustaz UMNO akan kata ini adalah ideologi komunis.
Paham Betul-Betul Hadis Di Bawah
BalasPadammenentang penguasa yang tidak baik..
dari ummu salamah r.a (isteri nabi )sabda nabi saw "kelak akan memerintah pembesar2 yang kebijaksanaanya ada yg kamu kenal baik dan ada yg tidak baik.maka sesiapa membenci yang tidak baik lepaslah dia dari dosa,bahkan sesiapa yg mengingkarinya (memeprotes)selamatlah dia tetapi siapa yang rela bahkan mengikuti yang tidak baik berdosalah dia.Bertanya sahabat bolehkah kita bunuh mereka ?jawab nabi tidak selama mereka masih melakukan solat.."
(1820 jilid 3 sahih muslim )
dengan hadis ini adakah ia akan dikatakan mati dalam jahiliyah
yg pasti ustaz tu atau sesiapa pun tidak tahu hakikat sebenar yg mati di perhimpunan. Allah saja yg tahu dia syahid atau tidak.
BalasPadammana ada perhimpunan itu membawa perpecahan umat islam. ia isu pilihanraya kotor, itu saja, bukan berbalahnya dua golongan umat islam.
tidak ade bawa senjata atau keganasan, semuanya aman saja. lebih aman daripada perlawanan bola yg kadang kala tercetus kekecohan.
menyatakan secara aman sesuatu yg tidak adil. tu saja.
sudahkah ustaz ini buat sesuatu yg bersifat BERKATA BENAR DIHADAPAN PEMERINTAH YG ZALIM? lebih baik nasihatkan pemerintah umno tu kerana mereka berkuasa, perbuatan mereka semua memberi kesan kepada umat dan negara.