Jumaat, 15 Julai 2011

Tengok nii...Gajah Lebih Mulia Drp. Penyokong Umno Trengganu..??

Penyokong Umno digesa agar membandingkan keadaan hidup mereka dengan keadaan hidup pemimpin mereka yang diibaratkan bagai langit dengan bumi.

Kadangkala penyokong Umno terpaksa berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi, sedangkan pemimpin mereka hidup dengan penuh kemewahan sehingga adakalanya kemewahan itu diluar jangkaan akal yang waras.

Sebagai contoh, isteri Perdana Menteri ketika ditinggal di Dubai,beliau dilaporkan telah menetap di hotel yang sewaannya mencecah seratus ribu ringgit semalaman.

Kini ada laporan pula terhadap Rosmah berkenaan harga cicin yang ada dalam simpanannya, dikatakan berharga RM24juta dan tidak dikenakan cukai.Ini sudah tentu sekiranya benar, satu pengkhianatan terhadap rakyat.

Gesaan ini dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam ceramahnya di sini semalam.

Dalam ucapannya lagi, beliau juga secara berseloroh membandingkan nasib gajah di Santuari Gajah di Kenyir adalah lebih baik berbanding nasib penyokong Umno di Terengganu.

“Gajah di Santuari tu makan RM1000 sehari.Penyokong Umno?

Maknanya gajah di Terengganu makan sedap lagi dari penyokong Umno di Terengganu,”katanya berseloroh.

Justeru itu beliau mengajak semua terutama penyokong Umno memikirkan dengan mendalam akan perkara itu yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini dan mengajak mereka berubah demi kebaikan mereka juga.

Ceramah malam tadi turut disertai oleh dua orang lagi pemidato hebat dari Terengganu iaitu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ustaz Ridhuan Mohd Nor.

Manakala Ustaz Wan Sukairi (kiri) mengajak pendengar agar menjadikan peristiwa pada Israk Mi’raj sebagai panduan dalam kehidupan.

Mengambil contoh solat yang telah diwajibkan ketika peristiwa itu, walaupun kita kena mengikut imam, tetapi apabila imam melakukan kesalahan, wajib kita menegurnya dan mungkin sampai ke tahap mufaraqah.

Begitulah juga apabila hak k ita sebagai rakyat dirampas, maka kita wajib menegur pemimpin.Tiada lagi ketaatan apabila pemimpin melampaui batas yang Allah tetapkan.

Inilah perkara utama menurutnya yang ditekankan oleh Bersih 2.0 baru-baru ini iaitu meminta kembali hak rakyat yang telah dirampas oleh kerajaan dan sekutu-sekutu mereka.

3 ulasan:

  1. Banding dengan gajah ok la..klau dibandingkan dengan Kera lagi hina!!

    BalasPadam
  2. ok le 2, gajah makan kos RM1000, UMNO makan hampeh tebu je

    BalasPadam
  3. jangan jadi Bebal,duit royalti dah dapat..tapi rakyat masih diantara 3 negeri termiskin,Terima Kasih Umno,jadikan Rakyat semakin Bodoh!!

    BalasPadam