Isnin, 25 Julai 2011

Kena Baca bro...Umno Meroyan Dengan Ucapan Ini..

Raja Dr Nazrin Shah secara sinis mengingatkan bahawa raja-raja Melayu jangan hanya dicari apabila sesuatu pihak berada dalam keadaan terdesak atau tiada pilihan lain.

"Raja jangan sama sekali ditiriskan, jangan hanya dicari bila panas terlalu terik atau hujan sudah pun turun.

“Payung negara ini adalah lambang kedaulatan warga, lambang kedaulatan negara, memberi teduh di hari panas, menangkis air di hari hujan,” tegas Raja Muda Perak itu ketika menyampaikan Titah Diraja pada Majlis Wacana Ilmu bertajuk ‘Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Negara’ di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM di sini pada Isnin.

Baginda bertitah, institusi raja wajib memberi naungan yang saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum seperti yang tersurat dalam salah satu daripada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu.

Raja Nazrin menegaskan bahawa raja bukan monumen hiasan yang kaku tanpa nyawa atau sekadar hadir memenuhi acara dan istiadat sebaliknya apa yang berlaku akan diikuti oleh istana secara dekat, diteliti dan dihalusi.

“Dalam setiap perbalahan, tidak mungkin satu pihak yang betul semua dan tidak mungkin satu pihak salah semua; tetapi kaedah mencari kemenangan mutlak dan kaedah mahu menjatuhkan lawan telah mengetepikan elemen adab, adat, moral dan agama.

“Jika suhu politik semakin panas, dikhuatirkan impian untuk membina perpaduan mungkin menemui mimpi ngeri yang sangat menakutkan,” titah baginda.

Raja Nazrin turut mengingatkan rakyat dan pemimpin di negara ini bahawa perpaduan tidak akan berjaya dipupuk dalam situasi politik yang tidak stabil dan tidak matang.

"Perlu ada penerimaan kepada realiti, perlu ada fahaman bahawa tuntutan untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik adalah lumrah alam. Perlu ada kematangan dalam menyampaikan teguran, perlu ada etika ketika menyuarakan kritikan.

"Teguran dan kritikan untuk penambahbaikan positif nadanya akan berikan kesan yang positif; tetapi teguran dan kritikan dengan tujuan mendatangkan keaiban peribadi dan merendahkan lawan politik, akan memberikan hasil yang negatif,” titah baginda.

6 ulasan:

  1. Nampak dah riak-riak,Tunku meluat pada pemerintah yang ada!

    BalasPadam
  2. Masih wujudkah mereka kat negara ini? Tak rasa apa-apa pun dengan kelibat mereka ini..... Kalau orang susah mereka tetap senang, kalau orang senang mereka lagi banyak, banyak, banyak, banyak, banyak, banyak senang, senang, senang. Nampak gayanya kita ini di dunia pun jadi hamba dan susah, akhirat nanti belum tentu berbau syurga, entah-entah neraka yang menunggu. Tapi mereka ini dah tentu senang di dunia, kalau terhumban di pintu neraka pun berbaloi kerana kemewahan dunia dah jenuh dipelahap.

    BalasPadam
  3. Nampaknya ada perubahan sikit

    BalasPadam
  4. Sultan biasanya memberi komen secara ikhlas dan jujur tanpa menyebelahi mana2 pihak.. Seharusnya sebagai negara berdaulat, pemimpin negara kena akur dan jangan bongkak dengan kuasa yang ada.

    BalasPadam
  5. Aku lupa apa yg berlaku di Negeri KU Perak Darul Ridwan satu masa dahulu.

    Siapa yg bercakap tu..

    BalasPadam
  6. Begitulah apa yang sepatutnya berlaku tetapi apa yang berlaku di Perak DR. beberapa waktu dahulu tak beberapa patut lebih2 lagi sewaktu speaker kena kidnap sewaktu Sultan ada dipersekitaran dewan..

    BalasPadam