Rabu, 13 Julai 2011
Tengok nii..Orang Ipoh Pasti Tahu Tempat Nii..???
Antara mercutanda yang menjadi nostalgia kepada sesiapa yang membesar di bandaraya Ipoh sekitar tahun 70'an dan 80'an. Bangunan ini terletak di Pasar Yau Tet Shin yang lebih dikenali oleh mat rock sebagai "Bazar Bulat" yang berhampiran dengan Jubilee Park di pusat bandar Ipoh. Sayangnya bangunan ini telah dirobohkan pada penghujung 90'an dan kini ia dijadikan kawasan meletak kereta.
Bangunan ini unik kerana ia berbentuk bulat. Bangunan ini menempatkan kedai-kedai terutamanya kedai pakaian. Bazar Bulat juga dikenali kerana restoran nasi ayamnya yang terkenal sehingga sekarang iaitu restoran Nasi Ayam Bazar Bulat dan sebuah studio rakaman yang dikenali sebagai Studio SYJ di mana sebuah kumpulan rock tempatan yang terkenal sekitar tahun 80'an iaitu SYJ telah ditubuhkan di sini.
Masa tu lu orang tengok Mat-mat Rock dengan kaki seluar "Fit" mengalahkan buluh lemang,kasut highcut,sapu tangan atau "Key" gambar tengkorak,baju lambang kumpulan rock terkenal masa tu.Rambut pendek sory la bro...semuanya panjang-panjang,tapi jangan dekat bau semacam...itulah memory tahun 80an yang gua rasa pasti tidak akan dapat dilupakan oleh warga ipoh!! Wa caya sama lu orang!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kat sini la aku beli kasut ADIDAS warna putih dengan duit gaji pertama aku semasa kerja kilang "CASEM" di Gunung Rapat,masa tu harganya RM 95.00 saja,pecah kepala aku pakai.
BalasPadamgiler kenangn ni.. port lepak zaman muda remaja.. nasi ayam dia masih layan lagi nama dia nasi ayam fuziah..
BalasPadamadoii..nie tempat pi jamming dan shopping kasut raya nie...sebelum super kinta dan yik foong complex wujud..hehe
BalasPadamAdusss...tak boleh ingat tempat ini,masa tu best gila..lepas beli baju lepak pulak di Jublee Park main "Biliad" siap pekena taufu sumbat lagi.
BalasPadamBulan lepas aku datang Ipoh,tengok tempat ini,memang dah takda.dah jadi tempat parking keta.Terasa terlalu cepat masa berubah,segalanya tinggal kenangan dan terasa juga diriku semakin tua.
BalasPadamTak dapat gua lupa,disini lah gua dan member kena cekup D8 untuk buat "Urin Test" mengelabah habis.Tapi gua lepas sebab kita bukan Mat Pit,cuma rambut kita orang panjang,rock la katakan..he3
BalasPadam