Khamis, 28 Julai 2011

Terkinii...Pembangkang Mahu Cetuskan Huru-Hara di Stadium Mlam Ini..??

Selepas kejadian cuba mengganggu majlis yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Stesen KL Sentral pada Rabu, pihak pembangkang dipercayai merancang satu lagi perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Khamis.

Dilihat sengaja mahu mencetuskan suasana tegang dengan menarik perhatian orang ramai yang ketika itu bersedia untuk menonton perlawanan bola sepak pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura, perhimpunan itu bertujuan mendesak kerajaan membebaskan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

Gesaan supaya orang ramai menyertai himpunan menyalakan lilin di perkarangan stadium itu di dapati menerusi laman sosial twitter milik Presiden Kumpulan Prihatin Hak Pekerja Ladang (Power), S. Gobikrishnan.

"Jom candle light vigil in front of Stadium Bukit Jalil 7pm today in support of PSM EO 6, (Jom nyalakan lilin di hadapan Stadium Bukit Jalil 7 malam ini tanda sokongan terhadap enam tahanan Ordinan Darurat," katanya menerusi twitter menggunakan nama SGobikrishnan.

Bagaimanapun posting berkenaan mendapat bantahan daripada banyak pihak yang majoritinya membidas tindakan berkenaan yang dilihat cuba membuat kacau di tempat awam.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dijadual menyaksikan perlawanan bola sepak itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.


JuRaGan : Satu lagi Projek FITNAH BN..Hancuss UMnooo




Tiada ulasan:

Catat Ulasan