Sabtu, 2 Julai 2011

Umno Nafi "Berak" Tengah Jalan...

Umno Pulau Pinang menafikan penglibatannya dalam demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini Jumaat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkataUmno negeri itu tidak pernah mengarahkan demonstrasi berkenaan diadakan.

"Saya mendapat banyak panggilan daripada rakan-rakan semalam berhubungperkara ini. Ingin saya maklumkan bahawa Umno negeri langsung tidak terlibatdalam demonstrasi di Komtar atau mana-mana tempat.

"Kita sedia maklum anggota Umno di Pulau Pinang berjumlah 150,000 orang.Kalau Umno yang buat demonstrasi, jumlahnya bukan 1,000 orang seperti semalamtetapi jumlahnya akan jadi berpuluh ribu orang," katanya kepada pemberita disini Sabtu.

Semalam 1,500 orang termasuk anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan(NGO) mengadakan tunjuk perasaan anti Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Mereka berarak hampir sejam dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komtar.

Bagaimanapun Zainal Abidin berkata terdapat anggota parti itu yangmenyertai pelbagai NGO di negeri ini.

"Memandangkan parti ini rapat dengan rakyat, banyak anggota kita terlibatdengan NGO. Mereka pergi (demonstrasi) atas nama NGO sendiri," katanya.

Beliau berkata sebagai parti yang bertanggungjawab, Umno tidak akanmengadakan demonstrasi seumpama itu.

"Saya mendapat banyak rungutan daripada masyarakat Pulau Pinang bahawakeadaan lalu lintas sesak teruk sehingga menyebabkan aktiviti mereka terganggu. "Sama juga yang akan berlaku pada 9 Julai (perhimpunan haram), kalau merekabuat juga demonstrasi, lalu lintas akan sesak dan kita tak dapat menjalankankerja seperti biasa," katanya. Katanya Umno Pulau Pinang berharap perhimpunan haram pada 9 Julai ini tidakditeruskan kerana ia akan mencetuskan lebih banyak demonstrasi daripada pihakyang tidak menyokong perhimpunan itu.

"Elok jangan kita adakan benda yang boleh menggugat keselamatan negara.Bolehkah kita mengawal keadaan bila semua orang nak mengadakan demonstrasi,"katanya.


JuRaGan : Siapa pulak nak ngaku berak tengah Jalan braderr...Tapi,buat
masa kini
hanya Umno yang sedang sakit perut..!!


1 ulasan:

  1. tapi atas tahi tu ada perkataan UMNO? takkan tahi gerakan pulak

    BalasPadam