Jumaat, 15 Julai 2011

Zaman BN Perintah Dah Ada...Tapi Takut Nak Jalankan...

Lebih 300 pengusaha pusat hiburan di Kedah bakal menanggung kerugian jutaan ringgit ekoran tindakan kerajaan negeri melarang mereka beroperasi sepanjang Ramadan.

Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kedah Datuk Cheng Lai Hock berkata ini kerana mereka bukan saja kehilangan pendapatan tetapi juga masih perlu membayar gaji pekerja dan sewa premis.

Malah, Cheng memberitahu pemberita pada Jumaat lebih 6,000 pekerja juga berhadapan kemungkinan diberhentikan kerja jika majikan mereka tidak mampu menanggung kos.

"Rata-rata pengusaha terkejut dengan tindakan yang dibuat kerajaan negeri menyebabkan mereka tidak melakukan sebarang persediaan untuk berhadapan dengan kerugian yang bakal ditanggung.

"Kami akan menghantar satu memorandum dalam masa terdekat kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi memberi kelonggaran kepada mereka untuk menjalankan perniagaan seperti biasa," katanya di sini.

Sementara itu, bekas Mufti Kedah Datuk Hasbullah Abdul Halim berkata tindakan kerajaan Kedah mengharamkan pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan merupakan tindakan yang wajar bagi mengekang umat Islam berkunjung ke situ pada bulan puasa.

"Umat Islam tidak perlu ke pusat hiburan bagi menghilangkan rasa tekanan di tempat kerja sebaliknya mereka boleh mencari sumber hiburan lain bersama keluarga yang tidak menjurus kepada maksiat.

"Tegahan ke atas orang Islam bukan hanya berdasarkan kepada undang-undang sahaja malah mereka perlu menyedari bahawa perintah Allah sudah jelas melarang umatnya melakukan perkara berbentuk maksiat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkara ini, di sini Jumaat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan