Ahad, 14 Ogos 2011

Panas..Ahli Parlimen BN Yakin,Peluang Tawan PP Tipiss...

Tidak terkejut apabila Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng melemparkan kritikan secara terbuka terhadap Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon, baru-baru ini.

Apa yang disuarakan oleh Tee Beng sebenarnya dikongsi oleh banyak pihak terutama di Pulau Pinang. Menurut Tee Beng, selagi Gerakan dipimpin oleh Tsu Koon, selagi itulah peluang BN untuk menawan kembali Pulau Pinang daripada pembangkang, amat tipis.

Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang dan beberapa pemimpin termasuk bekas Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan turut membidas Tsu Koon. Ada yang merasakan perlunya kepimpinan parti itu dirombak dengan mendapat teraju baru. Awang setuju.

Selepas pilihan raya umum 2008, Gerakan seakan lumpuh dan hilang arah. Tidak kelihatan tanda-tanda untuk kebangkitan.

Ia berkait rapat dengan soal kepimpinan. Pemimpin bukan sahaja diuji ketika berada di puncak kuasa dan semasa situasi tenang. Ujian terbaik untuk menilai seseorang pemimpin ialah kemampuan untuk bangkit dan menempuh detik getir. Setakat ini, Awang tidak nampak keghairahan dan keyakinan Tsu Koon untuk membawa kebangkitan. Yang beliau lebih ghairah, menurut ramai pemerhati, ialah untuk memastikan wajahnya terselit bersama pemimpin negara bagi tujuan publisiti media.

Dalam kaitan ini, nampaknya jawatan menteri kabinet yang diberikan kepada beliau (di sebalik kekalahan terburuk Gerakan), bagaikan sia-sia. Tsu Koon patut sedar, jawatan itu bukan sekadar untuk disandang suka-suka. Ia adalah untuk memberi kekuatan dan motivasi kepada Gerakan bagi merampas Pulau Pinang.Rakyat tertanya-tanya apakah beliau seakan rela DAP terus memerintah Pulau Pinang?

Kelmarin, Tsu Koon tampil menjawab kritikan. Sayangnya, penjelasan beliau tidak menyakinkan sambil menyerlahkan sindrom penafian. Janganlah asyik menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri.Rakyat sangat berharap Tsu Koon dapat mesej yang jelas daripada gelombang kritikan terhadap beliau.

2 ulasan:

  1. Takpa Insyallah TAWAN KELANTAN DALE TANGAE DOH

    BalasPadam
  2. HA..HA..HA..ANGAN-ANGAN ORANG BOHOH!!

    BalasPadam