Ahad, 14 Ogos 2011

Akhil Elak Beri Komen Tentang Politik..??

PERHIMPUNAN haram Bersih pada 9 Julai lalu meninggalkan kesan kepada ramai pihak terutama mereka yang tinggal di ibu kota apabila beberapa jalan utama ditutup.

Para peniaga juga turut menerima kesan kerana tidak dapat menjalankan perniagaan mereka seperti biasa.

Bagi Akhil Hayy, pengacara Cafe Akhil Hayy dan Cubaan di Astro Oasis ini, setiap perkara yang berlaku berkaitan dengan politik sukar untuk dinyatakan kebenarannya.

Biarpun begitu, dia mengambil pendekatan selamat apabila enggan memberikan komen lanjut berkaitan hal politik.

"Sebolehnya saya mahu mengelak daripada memberikan komen berhubung apa saja yang berkaitan dengan isu politik. Pada saya, Malaysia merupakan negara demokrasi dan paling penting semua rakyat inginkan keamanan.

"Saya pasti ada caranya untuk mendapatkan keamanan itu. Jadi, saya tidak boleh berkata salah atau betul tentang tindakan yang dilakukan oleh seseorang itu untuk mencapai keamanan.

"Mungkin keamanan boleh tercapai apabila kita duduk berbincang bersama-sama dan menyatakan tuntutan masing-masing. Walau apa pun berlaku, semua agama mengajar kita untuk mencari perdamaian.

"Tetapi jika ia dilakukan tanpa mengikut syariat Allah, bagaimana kita mahu mendapatkan keredaan dan pengampunan Allah," ujarnya sambil bersulam dengan nasihat.

Melarikan sedikit dunia politik kepada hiburan, pendakwah bebas dan penyanyi nasyid ini masih berada di paksi kehidupan sebenar.

Mana tidaknya, dia berasal daripada kumpulan muzik rock suatu ketika dahulu. Kini, imejnya sudah bertukar wajah, namun tidak bermakna Akhil atau kadangkala digelar 'ustaz rock' ini akan mengubah minatnya yang mendalam dalam bidang muzik. Lagu-lagu yang diketengahkan lebih bercorak kepada kerohanian dan ketuhanan.

Terbaru, dia baru menghasilkan lagu berjudul Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) dan Subhanak (Maha Suci Engkau) yang dicipta sendiri dengan bantuan isterinya, Waheeda.

"Selain menyanyi, saya juga menganjurkan kursus tarbiah jiwa yang terbuka kepada rakan-rakan selebriti yang berhijrah sejak dua bulan lalu di sebuah rumah kenalan saya di Shah Alam, Selangor.

"Saya memikirkan idea seperti ini setelah mendapati sesetengah selebriti yang tidak selesa dengan perhatian yang diberikan apabila menyertai sesebuah acara dan kelas agama," tambahnya lagi.

Di samping itu, dia mempunyai syarikat Akhil Network yang mengendalikan program mengerjakan umrah dan merancang untuk melaksanakan program itu pada Februari, Jun dan Ogos tahun depan.

Para peminat Akhil juga boleh menontonnya menerusi program Cubaan yang disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Sabtu, pukul 7.30 malam.

Artikel dipetik daripada sisipan OopStarz! dalam Mingguan mStar keluaran 14 Ogos 2011 yang diedarkan bersama akhbar Sunday Star di sekitar Lembah Klang.

5 ulasan:

  1. mamat ni dulu aktif bagi ceramah politik dipentas pas...sekarang apa sudah jadi?

    BalasPadam
  2. maamat nie nk jaga periuk nasik dia...dlu ckp berdegar2...

    BalasPadam
  3. btul2.. duit punya pasal!

    BalasPadam
  4. cari makan beb dulu lain sekarang lain ,dulu ingat boleh jadi wakil last2 dok atas katil ,kita ni maknusia beb bukan maklikat

    BalasPadam
  5. kerana duit..berbeza dengan ustaz zamri..tak byk ckp politik tapi tetap berani berjuang untuk menegak kebenaran

    BalasPadam