Ahad, 28 Ogos 2011

Rupa-rupanya Tmb. Presiden Ada Penyakit "Pelupa" ..??

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau tidak ingat isi ceramahnya berkaitan dakwaan pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.

NONE"Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 Ogos)," katanya kepada akhbar Sinar Harian.

Laporan akhbar itu ini memetik Mohamad Sabu sebagai berkata: "Saya tidak mahu komen mengenai apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana itu".

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Sementara itu, Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan berita yang memetik reaksi pelbagai pihak mengecam Mat Sabu, termasuk penerima Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), bekas pegawai waran 1 Kanang anak Langkau.

Kanang dipetik sebagai berkata Mat Sabu tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini dan menganggap timbalan presiden PAS itu sebagai "watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".

Utusan juga memetik ketua penerangan Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Jurit Ramli menyifatkan kenyataan Mat Sabu itu sebagai biadap dan kurang ajar.

Manakala Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pula dilapor Utusan sebagai berkata, Mat Sabu perlu memohon maaf kerana kenyataannya akan menyinggung perasaan waris anggota polis yang maut dalam tragedi berdarah itu.-mkini


JuRaGan : Benarkah Mahathir Kuti kata Melayu mudah lupa..?? tapi gua rasa kata-katanya hanya sesuai untuk orang Umno haprak..Bagi Orang Pas InsyaAllah..kalau mereka berkata dengan jujur dan ikhlas maka mereka tidak akan lupa apa yang mereka katakan..Hancusss Umnooo



5 ulasan:

  1. pemuda seksyen 18 shah alam

    blom apa2 dh jd pelupa , hancuss kalau pimpin msia camni statement yg x bertanggungjwb...

    BalasPadam
  2. Rasanya betul apa yg dikatakan ole MS tu.. puak komunis berjuang menentang penjajah dan siapa yg bersekutu dgnnya adalah barua penjajah

    BalasPadam
  3. Kalau mat sabu menyatakan komunis adalah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya dan mwnyokong perjuangan mereka bermakna beliau juga sokong penubuhan negara komunis kalau komunis itu menang berlawan dengan british. Adakah komunis itu lebih baik dari british. Kenyataan perlulah lebih bertanggungjawab tutamanya daripada orang politik. Politik pula politik naktegakkan hukum islam bukannya fahaman komunis. Inilah agaknya fahaman golongan profesional yang nak diterapkan dalam pas sekarng ni.

    BalasPadam
  4. Salam

    Kepada semua yang terlibat, harap kita semua dapat menilai isu ini berdasarkan fakta dan dipandu dengan akal sihat yang dianugerahkan oleh Allah SWT tanpa mengira latarbelakang politik kita masing-masing:

    Mari kita balik ke tahun 50an zaman tok nenek kita dulu;

    Antara fakta yang tak dapat disangkal ialah;

    1. Kemenangan British keatas Jepun adalah AMAT BAIK untuk orang melayu kerana terbukti Jepun amat kejam, malah terlalu kejam jika dibandingkan dengan pemerintahan British sebelum itu.

    2. Sebelum Britih masuk semula, Komunis atau Bintang Tiga melakukan banyak pembunuhan terutama kepada mereka2 yang dituduh sebagai 'talibarut' Jepun tanpa melalui perbicaraan di Mahkamah (komunis mana ada mahkamah).

    3. Komunis minta hak untuk merdeka dan memerintah Malaya kerana kata mereka, merekalah yang telah berjaya mengalahkan Jepun di Malaya. Kalau British bagi masa tu, sudah tentu CHIN PENG akan jadi PM Malaya dan Malaya akan jadi negara komunis yang tidak percayakan TUHAN.

    4. British tidak tunduk pada PKM jadi mereka (PKM) lancarkan perang gerila. Pada masa sama British juga ada bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya tetapi masanya belum tentu.

    5. Memang diakui asakan oleh PKM melalui perang gerila menjadi antara faktor British mempercepatkan kemerdekaan Malaya, tetapi apabila Malaya merdeka, keengganan PKM untuk meletakkan senjata dan berjuang secara politik seperti yang ditawarkan semasa rundingan Baling menyebabkan Malaya jadi huru hara disebabkan tindakan PKM yang bertegas untuk menjadikan Malaya negara komunis.

    KESIMPULAN;

    1. JIKA KITA HIDUP PADA PADA MASA ITU (TAHUN 1950) PILIHAN TERBAIK IALAH TERUS BERADA DIBAWAH BRITISH- LEBIH SELAMAT, ADA UNDANG2, PEKERJAAN, AGAMA BOLEH DIAMALKAN TANPA HALANGAN (KECUALI BIDANG2 TERTENTU SEPERTI UNDANG2).

    2. TIDAK DINAFI, BERJUANG UNTUK MERDEKA ADALAH WAJIB, TAPI TIDAK BOLEH BERSAMA KOMUNIS, KERANA KOMUNIS BUKAN BERJUANG UNTUK MERDEKA (DIMANA LEPAS TU BOLEH BUAT PILIHANRAYA) SEBALIKNYA KOMUNIS BERJUANG UNTUK MENJADIKAN NEGARA KITA SEBAGAI NEGARA KOMUNIS (TIDAK PERCAYAKAN TUHAN, TIADA DEMOKRASI).

    3. MEREKA2 (ORANG ISLAM) YANG MENYERTAI KOMUNIS ADALAH ORANG2 YG TELAH TERPESONG DARI AJARAN ISLAM, INI ADALAH KERANA AJARAN UTAMA KOMUNIS IALAH TIDAK PERCAYAKAN TUHAN, KEDUA KOMUNIS BERKETUAKAN CHIN PENG SEORANG KAFIR, KETIGA KOMUNIS BANYAK MELAKUKAN PEMBUNUHAN KEATAS ORANG2 ISLAM TERUTAMA POLIS, TENTERA BAIK SEBELUM ATAU SELEPAS MERDEKA. STATUS AGAMA MEREKA2 YG MENJADI KOMUNIS JUGA BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA APABILA MENJADI ANGGOTA KOMUNIS MAKA SECARA TAK LANGSUNG MEREKA JUGA TELAH MENERIMA IDEOLOGI KOMUNIS IAITU TIDAK PERCAYAKAN TUHAN.
    4. LAGI SATU FAKTA PENTING IALAH TIDAK ADA DI KALANGAN ULAMA YG MENYERTAI KOMUNIS KERANA MEREKA TAHU KEJAHATAN KOMUNIS, SEBALIKNYA MEREKA MEMILIH JALAN AMAN IAITU BERSAMA2 UMNO MENUNTUT KEMERDEKAAN, CUMA PADA TAHUN 1959 (SELEPAS MERDEKA) MEREKA KELUAR DARI UMNO DAN TUBUHKAN PAS.

    5. OLEH ITU SAYA NASIHATKAN KEPADA SEMUA, SEBELUM KITA MENYOKONG SESUATU, BUATLAH KAJIAN TERPERINCI GUNA ILMU (AGAMA, SEJARAH)DAN AKAL YG WARAS YANG ALLAH SWT KURNIAKAN. KALAU SESUATU ITU DIKATAKAN OLEH PEMIMPIN KITA TIDAK SEMESTINYA BETUL KERANA MEREKA BUKANNYA MAKSUM, SEBALIKNYA BUATLAH KAJIAN SENDIRI DAN KEPUTUSAN YANG KITA YAKIN ADALAH BENAR TANPA DIPENGARUHI OLEH SESIAPA.

    Tulisan ini bukan bertujuan menyebelahi mana-mana pihak tetapi bertujuan untuk mencari kebenaran.

    Sekian, semoga Allah SWT memberi petunjuk kepada kita semua, Wassalam.

    BalasPadam
  5. abih british tu islam? sir henry gurney yg mnjadi pseruhjya british pada ketika itu korang tau sapa tak dia ni? beliau adalah peseruhjaya british yg terlibat dlm PENUBUHAN NEGARA ISRAEL di PALESTIN kita umat islam..!!!

    ini bende besar utk umat islam..! dan tau tak kenapa sir henry gurney dihantar ke tanah melaya pada ketika itu..visi mereka adalah menyerapkan ideologi zionisme kpda umat islam di tanah melayu. mmg nmpak selamat berada di bawah british pada ketika itu, tapi hujungnya umat islam akn hdup berkebergantungan dgn mereka...lihatlah hasilnya sekarang..apa jadi umat islam di malaysia skrang ni...akhlaknya! budayanya! agamanya! asetnya! ekonominya! semua ni agenda british zionisme ini..! melayu hancur!!!

    kene paham bende sejarah ni. tau tak siapa yg bunuh sir henry gurney? CHIN PENG! beliau bunuh henry gurney di bukit fraser ketika konvoinya pulang ke kediamannya. jika chinpeng anti islam, kenapa dia tdk bunuh babu2, pekerja2 nya yg beragama islam pada ketika itu..! dia hanya bunuh sir henry gurney dan sekutunya pada ketika itu! INI FAKTA YG TDK DIDEDAHKAN!!! hanya umno yg akn bersama british dan agenda zionisnya..!!! APCO WORLWIDE adalah salah satu pembongkaran besar bahawa malaysia hidup dlm kebergantungan dgn kuasa zionisme ini..!!!

    jngan tergoda dgn mainan keamanan, kesenangan, kesejahteraan oleh puak2 umno dan zionisme ini..!!! jelas mereka adalah sekutu dan barua penjajah british zionisme di tanah melayu yakni malaysia ini..!!!

    BalasPadam