Khamis, 4 Ogos 2011

Bongkarr...Shahir Berhenti Jadi Artis..Sertai Bidang Dakwah!!

Shahir sudah putus harapan untuk menyanyi dan menjadi artis yang banyak dugaan dan fitnahnya,maka beliau telah membuat keputusan drastik berhenti menjadi artis dan terjun ke dalam bidang dakwah.Elok la..sebab asalnya pun dari sekolah agama,mungkin doa daripada para guru yang masih sayangkan beliau.

Maka kita sama-sama doakan agar beliau istiqomah dalam kerja-kerja dakwah nanti,dan yang lebih baiknya beliau mengikut jejak langkah Bob Lokman bersama dengan Jemaah Islam PAS untuk merealisasikan sunah besar Rasulullah menegakkan Sistem Pemerintahan Islam di negara ini.

Mstar- Penyanyi popular Shahir menamatkan misteri kehilangannya selama ini apabila dia membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat.

Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.

"Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya.

"Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini," kata sumber itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mStar Online, Rabu.

Tambahnya: "Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.

"Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC).

"Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini."

Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan 'ghaib' dan gagal dihubungi oleh pihak media sertapengurusannya.

Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat.



2 ulasan:

  1. Kalau betul,Alhamdulillah..sama-sama kita doakan.

    BalasPadam
  2. Molek la gittu,mari pakat-pakat berubah jadi molek belako....

    BalasPadam