Jumaat, 5 Ogos 2011

Fuhh..Dalam Masa Tiga Bulan Melonjak Kepada 32 000..

Berikutan dakwaan lebih 1,500 penduduk tetap (PR) mendaftar dalam senarai tambahan pemilih terbaru, Pakatan Rakyat Pulau Pinang mendakwa jumlah pengundi di negeri itu melonjak dengan mendadak sebanyak 32,000 orang dalam hanya tiga bulan.

Sebanyak 1,400 undi pos dimasukkan ke kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung, yang kini diwakili oleh exco kerajaan negeri itu, Abdul Malik Kassim dari KEADILAN.

Antara 2008 hingga 2010, kerusi majoriti Melayu menyaksikan peningkatan sebanyak 2,200 pengundi, lapor Malaysiakini. Kebanjiran pengundi itu didedahkan hari ini dalam sidang akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang turut dihadiri oleh Abdul Malik dan Timbalan Ketua Menteri, Mansor Othman.

1 ulasan: