Ahad, 14 Ogos 2011

Fuhh..Najib Kata Dia Pun Sokong..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua rakyat Malaysia menyokong pemain badminton Nombor Satu Dunia Datuk Lee Chong Wei pada peringkat akhir kejohanan dunia pertamanya, Ahad.

Dalam Twitternya, Najib berkata beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), telah bercakapdengan Chong Wei untuk memberikan sokongan mereka.

"Semua rakyat Malaysia perlu menyokong Lee Chong Wei di peringkat akhir Kejohanan Dunia hari ini. Saya dan isteri saya telah bercakap dengannya untukmemberikan sokongan kami," katanya.

Chong Wei akan bertemu Lin Dan dari China yang mara ke peringkat akhir perseorangan lelaki selepas mengalahkan Peter Gade dari Denmark, 22-24, 21-7,21-15 dalam masa 75 minit.

Pada peringkat separuh akhir semalam, Chong Wei mengalahkan juara bertahan Chen Jin dari China 21-13, 21-9 dalam masa 44 minit di Wembley Arena, London.

Chong Wei merupakan rakyat Malaysia kedua yang mara ke peringkat akhir perseorangan lelaki selepas Wong Choon Hann, yang berjaya berbuat demikianapabila kalah kepada Xia Xuanze dari China di Birmingham pada 2003.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan