Khamis, 11 Ogos 2011

Gemparr...Pendedahan Yang Menakutkan Najib..!!

Pendedahan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir A Jasin (gambar) bahawa Perdana Menteri mempunyai 11 pegawai media mengejutkan banyak pihak walaupun ia sebelum ini bukan menjadi rahsia di kalangan pengamal media.

Bilangan pegawai media ini amat mengejutkan kerana semasa Tun Dr Mahathir, beliau hanya mempunyai tiga pegawai media sahaja.

"Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga," tulis Kadir dalam blognya.

Menurut sumber antara nama besar di kalangan pegawai media Najib adalah Datuk Seri Farid Redzuan (bekas CEO TV3), Datuk Khalid Mohamad (bekas Ketua Pengarang kumpulan Utusan) dan Jalil Abdul Hamid (bekas Timbalan Ketua Biro Reuters Malaysia).

Di samping mereka bertiga ada Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad (Setiausaha Akhbar PM), Datuk Seri Jalaludin Bahaudin (Penasihat Media PM), Datuk Hardev Kaur (bekas Timbalan Ketua Editor Kumpulan NST yang kini menjadi Pegawai Khas PM).

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, Jalil bersama dengan Datuk Khalid kini menyertai Pasukan Komunikasi Kebangsaan (National Communication Team) yang berpejabat di Boulavard, Mid Valley.

Datuk Seri Farid Ridzuan pula dikatakan dipinjamkan ke Pejabat PM untuk tugasan khas berkaitan dengan belia termasuk menguruskan media baru.

Datuk Hardev Kaur adalah penasihat khas Najib selaku Menteri Kewangan.

Menurut sumber, pasukan penasihat yang bertugas bersama APCO sebelum ini masih bertugas dengan pejabat Perdana Menteri.

"Kesemua mereka masih bertugas cuma bukan atas nama APCO lagi sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily. (Tiga tokoh media yang kini menjadi pegawai media PM. Dari kiri Datuk Khalid Mohd, Datuk Hardev Kaur dan Datuk Seri Farid Ridzuan)

Ada juga yang memaklumkan, gaji mereka semuanya amat besar iaitu kira-kira sama dengan gaji yang mereka dapat ketika bertugas dengan jabatan mereka sebelum ini.

Di samping bimbang dengan bilangan pegawai media yang ramai ini, Kadir Jasin dalam tulisannya juga secara sinis membandingkan bilangan menteri dalam kebinet Najib ekoran perlantikan G Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terbaru.

Kalau menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru sajamenambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang, tulis Kadir.

"Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.

"Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam," tulisnya.

Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.

Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu.

Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP, tulis Kadir.

"Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu," tulis Kadir Jasin lagi.

7 ulasan:

  1. menteri apa....hanya atas nama saja...bukan buat kheja pon....jawatan nie hanyalah untuk bangawan UMNO...

    BalasPadam
  2. bangsawan umno mana tau jerit perit rakyat susah untuk cari sara hidup,itu pun masih ramai yang rela jadi pencacai angkat bendera dan tahap nasibungkus lima tahun sekali,tambah malang lagi terpengaruh dengan solgan 'ketuanan melayu' yang mereka pun tak mengerti maksudnya....kesian labu!!

    BalasPadam
  3. Yalah, apa nak diterkejutkan... orang jahat memang camtu... tukang buat fitnah saja dah sedozen...

    BalasPadam
  4. PERLEMBUKAN MELAYU 1MALAYSIA , HADIAH MEMENANGKAN UMNO@APCO-BN PANDI KUTTY !

    BalasPadam
  5. anti pengkhianat bangsa11 Ogos 2011 4:09 PTG

    kuasa rakyat di uji..golongan nie dah melampau sanggup jual negara..
    kempen anti PATI..boikot semua yg ada kaitan dgn PATI terutama restoren mamak dan barangan yg di kilangkan oleh pekerja asing..
    kalau syg kn negara, boikot segera..jatuhkan golongan munafik secepat mungkin..golongan yg merasakan lbh bkuasa dr tuhan patut dihumban ke tangki najis...SAMPAI BILA RAKYAT NAK DI PERBODOHKAN WPN DAH MEMANG BODOH SBB SOKONG GOLONGAN MUNAFIK SELAMA 53THN..

    BalasPadam
  6. DatoAKJ,
    Saya nak tambah lagi hampir setiap hari remaja hilang. dculik, dicekik di bawa lari bla bla bla...

    Persekitaran hdup yg ber+ mengerikan untuk kita. Hari2 sakit jiwa mengenangkan anak2 balik sekolah. hati dug dag dug dag. balek ke tak anak aku nih...

    Tapi menteri2 umno hdup mewah bergya tanpa ada rasa curiga kerana org gaji mereka pergi pasar pun pakai driver. anak2 gi sekolah tok sah ckp lah siap bodyguard!!! Mereka tak ada rasa bimbang kerana wang ringgit menjaga mereka menghimpun harta 7 kutrunan makan pon tak habis.

    Ni kita rakyat yg dipaksa berubah demi berjimat cermat. Nak jimat apa lagi. Kalau jimat lagi mmang tak payah makan lah.

    Yg heranya kenapalah masih ramai yg buta mata hati? Bnyak sngt kot makan $$$ haram. Masih nak pangkah be end lagi.

    Napelah gobloks nya org yg nyokong Umngok ni.

    BalasPadam
  7. melayu dpt kain batik pun dah cair pehhh

    BalasPadam