Amir atau Hawkins berkata sebelum ini dia hidup dalam serba kemewahan, memandu kereta mewah ke sana-sini, berjalan sekeliling dunia dan punyai intan permata dan segala-galanya. Tapi dia tidak menemui kebahagiaan dalam semua itu sehinggalah dia pergi ke Adu Dhabi. Dia masuk ke Abu Dhabi sebagai seorang rappers dan keluar dari situ sebagai seorang muslim.
Apa tarikannya terhadap islam:
- Solat 5 waktu merupakan tarikan yang paling utama. Dia tertarik melihat bagaimana umat Islam setiap hari meluangkan masa 5 kali sehari untuk pergi menunaikan solat apabila masuknya waktu tanpa jemu-jemu.
- Cara umat Islam berinteraksi sesama mereka.
- Cara umat Islam melayan sesama Islam.
- Akhlak umat Islam
Sebenarnya itulah budaya seorang muslim yang betul dan begitulah hasil daripada tarbiah menjadi seorang muslim yang sepatutnya mampu menjadi daya tarikan kepada orang yang bukan Islam untuk memeluk agama Islam.
Tetapi malangnya tidak ramai umat Islam di negara kita yang memakai pakaian akhlak yang disebutkan oleh Hawkins di atas. Majorirti umat Islam di negara kita tidak bersolat 5 waktu, apatah lagi solat berjemaah. majoriti daripada kita umat Islam di Malaysia juga berakhlak buruk.
Gejala buang anak, hisap dadah, rempit tonggang motor, kasar perangai, pengotor, berkelakuan lucah, kaki rogol dan seribu satu macam malapetaka lagi menjadi perkara biasa bagi orang Melayu yang di katakan Islam.
Patutlah tak ramai orang bukan Islam di sini yang tertarik dengan Islam, sebab perkara yang boleh menarik mereka ke arah Islam tidak ada pada majoriti masyarakat kita. Kalau adapun yang memeluk Islam adalah kerana pencarian pegangan hidup atau akidah yang mana mereka temuinya di dalam Islam.
JuRaGan : Yang gua pelik..ada Artis kita yang dah komit dengan jemaah islam
tiba-tiba terjun semula ke dunia glamer..buang tabiat apa..??
tiba-tiba terjun semula ke dunia glamer..buang tabiat apa..??
demi duit dan glemer,,, masuk pas untuk mencari arah tujuan ,, bila dah jumpo,, apo lah lagi terus terjun ,, hilang semua nya ,, ini lah di kata munafiq kubro,,, gua tahu siapa artis malaysia yg lu kata kan ,, gua bernah salam dgn mangkok ini,, itu jalan yg dia pilih ,, maklum lahh bini pun dah macam zorro,,, hahahahah
BalasPadam