Sabtu, 13 Ogos 2011

Arahan Najib..Orang Bodoh dan Gila Yang Akan Ikut..

Inilah PM paling tak malu dalam dunia,seperti "Kokok berderai-derai,tapi pungkok gelumang taik" suruh rakyat yang dah nak mampos berjimat setiap masa..sedangkan beliau sendiri melantak wang rakyat untuk bayar bil letrik RM 10 juta setahun dan RM 1.9 juta setahun untuk bil air..apakah ini tidak membazir..hanya Umnongok saja yang mampu diperbodohkan oleh Najib Tuya ini..( Pembaziran Najib )

UM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan menjadi perintis dalam usaha melaksanakan pelan utama kecekapan tenaga.

Antara pendekatan diambil ialah dengan menetapkan suhu penghawa dingin bangunan kerajaan berada pada paras 24 darjah selsius serta menggantikan bulb lampu dengan menggunakan bulb cekap tenaga CFL.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, satu akta akan dirangka bagi menggubal akta sedia ada dan ia dijangka akan dikuatkuasakan menjelang 2013.

''Perdana Menteri bersetuju bahawa satu pelan tindakan dibuat bagi memastikan inisiatif itu mampu direalisasikan dan dipantau secara teratur," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Cuaca yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, di sini hari ini.


2 ulasan:

  1. moral ceritanya lebih kurang macam Iblis datang kepada Nabi dan ajar Nabi membaca ayatul kursi....

    BalasPadam
  2. dlm nak suruh berjimat tu...ada kroni yg akan kaya sbb dpt tender tukar bulb lampu....

    BalasPadam