Khamis, 18 Ogos 2011

JawatanKuasa "Helah Politik"..PR Akan Pulaukan??

Pakatan Rakyat kemungkinan tidak akan menyertai jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk Datuk Seri Najib Razak jika ia tidak memenuhi harapan perikatan pembangkang itu.

Kabinet memutuskan keanggotaan jawatankuasa itu semalam.

Pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu The Malaysian Insider bahawa pentadbiran Najib meneruskan pendekatan mengadakan jawatankuasa itu tanpa berbincang dengan parti-parti lain.

“Sebenarnya, kami tidak tahu apa terma-terma rujukan (jawatankuasa pilihan khas),” kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang khuatir skopnya kemungkinan terlalu cetek dan tidak melibatkan perbincangan yang mendalam.

Ahli Parlimen Gombak ini menambah, perikatan pembangkang akan membuat keputusan sama ada pihaknya wajar mengambil bahagian atau tidak berdasarkan terma rujukan.

Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang juga berkata kenyataan Najib malam tadi hanya membawa lebih banyak keraguan berhubung kewibawaan jawatankuasa tersebut, yang mempunyai lima wakil dari Barisan Nasional (BN).

Jawatankuasa itu pada umumnya mempunyai sembilan anggota iaitu lima dari BN, tiga mewakili pembangkang dan seorang Bebas.

“Kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa dakwaan mengenai pengundi kalangan warga asing akan dijawab di PSC menunjukkan kerajaan tidak sanggup berhadapan dengan jawatankuasa pilihan khas ini, tetapi akan mengalihkan beban kepadanya kelak,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini.

Lim merujuk kepada kenyataan Hishammuddin semalam bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara akan bekerjasama untuk meneliti dakwaan PAS mengenai daftar pemilih.

“Tiada perundingan dengan Pakatan Rakyat mengenai apa yang dipanggil jawatankuasa dwipartisan,” kata Lim sambil menyifatkannya lebih bersifat “helah” politik.

2 ulasan:

  1. semua pemimpin pakatan hendak lah berhati dengan jerat yang dipasang olih BN. terus kan sahaja dengan persidangan tergempar saperti di nama yang di majukan kepada erlimen ini lebih menyakinkan penyokong PR. saklai lagi PR mesti berwaspada denagn tipu daya.....

    BalasPadam
  2. najib bolih bodohkan orang2 umno yang dah memang bodoh dulu kini dan selama2222nya...

    BalasPadam