Khamis, 18 Ogos 2011

Kantoi Lagii..Pengarah JAIS Tidak Tahu Tentang Operasi Siasat Gereja..??

Kontroversi tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) terus berlarutan apabila kini timbul dakwaan Pengarahnya, Marzuki Hussin tidak tahu-menahu mengenai operasi itu.

Sumber dalaman JAIS menyatakan bahawa Marzuki tidak dimaklumkan mengenai operasi yang dijalankan oleh Bahagian Penguat kuasa JAIS dan polis pada malam 3 Ogos lalu.

"Pengarah tidak dimaklumkan tentang operasi itu. Sebab itu operasi malam itu dibuat tanpa persedian rapi," kata sumber berkenaan.

Justeru menurut sumber itu lagi timbul tanda tanya berhubung pihak yang mengeluarkan arahan atau memberi kelulusan agar operasi itu dilaksanakan.

Selain itu difahamkan juga jumlah 12 individu Islam yang dilaporkan menghadiri majlis makan malam anjuran komuniti gereja di DUMC itu tidak tepat berdasarkan fakta bahawa hanya sepuluh daripada mereka diwakili peguam dari firma guaman Tetuan Lee Hishammuddin.

"Dua lagi individu itu 'tidak formal', tapi kesemua 12 yang diperiksa itu memang hadir beri keterangan agar tidak menimbulkan syak," katanya lagi.

Sumber berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai apa yang dimaksudkan dengan 'tidak formal'.

Baru-baru ini Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa mempunyai bukti bahawa Umno mendalangi pemeriksaan JAIS terhadap DUMC.

Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja tersebut.

4 ulasan:

  1. rakyat dah cerdik menilai umno ..... hanya org bengong saja yang tak kenal ameno

    BalasPadam
  2. banyak lagi kes murtad ni..tapi bila kebetulan di selangor kemungkinan pihak2 tertentu mengambil kesempatan atas kepentingan politik mereka...adakah mereka betul2 iklhlas menangani isu murtad???

    BalasPadam
  3. Kalu ikut kata Harussani borang permohonan melayu islam nak tukar agama kristian/hindu setinggi 2kaki. Kejap lagi sama tinggi dgn meja kerani. Bayangkan tu ada berapa rmai yg nunggu masa pengesahan memurtadkan diri.

    Napa tak tak diserbu oghang2 ini? Nape amik pedulik yg 12 org tu? 12 org je. Itu pun blum tentu murtad lagi.

    Nape tak serbu tuh kelab2 malam, h/rock cafe ke, tempat2 maksiat yg berceracak kat KL ni? Tu belum lagi rumah2 maksiat.

    Selagi soal asas tak selesai jangan cari penyelesaian masalah sosial.

    Perkara pokok yg paling asas adalah laksanakan undang2 islam.

    Nabi dah bersabda barang siapa yg lari dari alquran & hadis akan menemui jalan buntu.

    Mana ada penyelesaianya masalah sosial kat negara kita ni? Semakin hari yg kita baca culik bunuh rompak rogol simbah asid.

    Bertambah hebat perlakuan org islam saling berbunuhan. Bunuh mak bapak saudara semakin menjadi2.

    Nak apa lagi kalau tak mau islam? Ada ke yg lebih baik & sempurna selain dari agama Allah ini? Nape kita org islam tak mau berpandukan Al-Quran.

    BalasPadam