Ahad, 21 Ogos 2011

Kes Pembunuhan..Pimpinan Pas Perak Hadir..??

Pimpinan Pas Perak diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Hussien selaku Pesuruhjaya Pas Perak bersama rombongannya telah hadir menziarahi keluarga Allahyarhamah Rohani Kassim Timbalan Pengarah Jab. Veterinar Perak yang mati dalam satu kes pembunuhan dikediamannya di Tambun tempoh hari.

Kehadiran mereka di kediaman Hj Kassim di Masjid Tinggi Bagan Serai telah disambut dengan mesra oleh keluarga mangsa.Pimpinan Pas Perak telah meluangkan masa bertanya khabar dan menghulurkan bantuan serta mengucapkan takziah.Seluruh pendokong Pas mendoakan agar mereka yang bertanggungjawab dalam peristiwa kejam tersebut ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan.

1 ulasan: