Selasa, 16 Ogos 2011

Lagii...Kerja "Jahat" Parti Melayu di Bulam Ramadhan..??

Perbuatan merosakkan kain rentang (banner) yang digantung Pas Kawasan Lenggong di kawasan simpang empat Kota Tampan, di sini, kelmarin, dianggap sebagai kelakuan jijik dan mempunyai agenda tertentu.

Banner berkenaan merakamkan ucapan sambutan Ramadan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain dan daripada pemimpin-pemimpin Pas setempat.

Penolong Setiausaha Satu Pas Kawasan Lenggong, Azni Mohamed berkata, banner yang digantung berhampiran lampu isyarat itu dipercayai telah dipotong dua menggunakan senjata tajam.

Menurutnya, banner berkenaan digantung di kawasan itu sejak seminggu lalu dan perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan pada sebelah malam atau awal pagi.

“Kami percaya, perbuatan ini dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan dan kita juga percaya pelaku diupah pihak tertentu yang tidak senang dengan pendeka�tan� Pas Kawasan Lenggong yang banyak membuat aktiviti serta mampu menarik soko�ngan ramai.

“Tindakan mereka ini adalah seperti perbuatan tidak siuman dan kita akan berusaha untuk mengenal pasti mereka yang terlibat,” katanya ketika melihat sendiri keadaan banner yang dipotong itu.

Azni juga tidak menolak kemungkinan dan mendakwa perbuatan berkenaan mungkin dilakukan pihak sama yang pernah menimbulkan maslah dengan Pas Kawasan Lenggong sebelum ini.

Katanya, pelaku mungkin telah diupah pihak tertentu demi kepentingan politik mereka dan sebelum ini kerusi dan meja di Markaz Pas Banggol Belimbing, dekat sini, pernah dirosakkan.

“Kita juga pernah jumpa lambakan risalah serta gambar lucah membabitkan pemimpin tertinggi sebuah parti politik di negara ini di Markaz Pas Banggol Belimbing.

“Saya suka mengingatkan pelaku, dan mereka yang terlibat bahawa, satu masa nanti perbuatan mereka akan terbongkar dan kita beri amaran kepada pihak yang tidak bertamadun ini, lebih berhati-hati kerana Pas juga boleh mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa satu lagi banner milik Pas di Pekan Lenggong turut dibuang dan beliau percaya ia dilakukan oleh pihak yang sama.

Menurut Azni, Pas Kawasan Lenggong akan membuat laporan polis berkenaan kedua-dua perbuatan itu agar tindakan selanjutnya dapat diambil.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan