Ahad, 7 Ogos 2011

Malangg..Hassan Ali DiPecat..??

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah.

Katanya: "Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor (klik)"

Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sebelum ini turut membid as Dr.Hasan yang mempertahankan tindakan JAIS itu.

Malahan seorang pemimpin Pas menganggap kenyataan Dr.Hasan dalam isu berkenaan tidak mewakili parti itu.

Mengulas lanjut, Dr. Hasan menegaskan, beliau telah memperjuangkan isu mengenai umat Islam di Selangor sejak dulu lagi, terutamanya berhubung isu penjualan arak di Shah Alam.

"Saya tidak mahu menyentuh isu gereja itu kerana mematuhi arahan tutup mulut (gag order) oleh Menteri Besar. Tapi saya hanya menjawab mengenai soalan saudara berhubung persoalan yang ditimbulkan oleh YB Zul mengenai nasib saya itu.

"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu-gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah (Klik)?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengikut rekod terdahulu, Dr. Hasan pernah diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana membangkitkan mengenai soal penjualan arak di Shah Alam.

Tindakan itu diambil kerana Pas tidak mahu hubungannya dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang, terutamanya DAP, terjejas ekoran pendedahan Dr. Hasan itu.

Dalam Muktamar Pas baru-baru ini Dr. Hasan gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak mendapat sokongan daripada puak-puak Erdogan yang didokong oleh Anwar Ibrahim.

Ekoran kekalahan itu, Dr. Hasan turut digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Mingguan Malaysia difahamkan Pas Pusat dijangka bermesyuarat esok dan soal mengenai tindakan terbaru Dr. Hasan dalam soal gereja itu dijangka turut dibincangkan.

Difahamkan Dr. Hasan sering menerima tekanan daripada anggota-anggota Exco bukan Islam DAP dan PKR, jika soal-soal mengenai Islam disentuh.

Sebagai rekod selain Dr.Hasan terdapat sembilan lagi yang menduduki jawatan Exco Kerajaan Selangor iaitu Teresa Kok (DAP), Yaakob Sapari (PKR), Rodziah Ismail (PKR), Dr. Xavier Jayakumar (PKR), Dr. Halimah Ali (Pas), Iskandar Abdul Samad (Pas), Ronnie Liu (DAP), Elizabeth Wong (PKR) dan Ean Yong Hian Wah (DAP).

Dalam semua Exco itu, dikatakan Teresa Kok, Dr. Xavier, Ronnie Liu dan Elizabeth Wong adalah antara mereka yang sering menentang Dr. Hasan.

Dalam pilihan raya umum 2008, pakatan pembangkang merampas Selangor daripada Barisan Nasional setelah memenangi 36 daripada 56 kerusi. DAP mendapat 13 kerusi, PKR 15 dan Pas lapan kerusi.

11 ulasan:

  1. kesatria_islam7 Ogos 2011 11:47 PG

    karatejau pon sokong UG? cedok berita dari mingguan malaysia... gi masuk umno lah

    BalasPadam
  2. Yang jadi Hero keling ialah Khalid Samad,tiba-tiba buat keyataan hentam Hassan,adakah ini suara Pas Selangor??Jangan kerana dendam kesumat bertindak macam orang hilang akal.Semuanya jadi kecoh.

    BalasPadam
  3. Aku tengok PAS sudah banyak kali tunduk dengan desakan DAP,hari itu di Kedah dan sekarang di Selangor.

    "Kemenangan Hak Allah" kepada sesiapa yang tunduk kepada perintangnya tanpa takut kepada orang-orang kafir.

    BalasPadam
  4. NI TAKTIK HASAN ALI SHJ UTK BALAS DENDAM.. SEBAB KERAJAAN PERPADUAN YG DIPERJUANGKANNYA GAGAL!

    BalasPadam
  5. Jangan kecoh..kita tunggu "Kenyataan Rasmi Pas Selangor dan Pas Pusat"

    Ini bulan Ramadhan..Bawa bersabar dan bertenang,pendapat boleh tapi bukan mengumpat ok.

    BalasPadam
  6. Laksanakan hukum islam, org islam yg murtad harus dihapuskan dr muka bumi. Tapi siapa yg punyai kuasa skrg ini (selama 54 thn) utk laksanakan hukum islam? kunjungan Najib dgn pope tempohari, kenapa tak bising?

    BalasPadam
  7. Aku sokong Pas bukan taksub pada Pas...Sokong ikut Topik..Bukan sokong semberonooo...Jika Pas nampak sangat Kecut TELOR Pda DAP...Memang patut orang melayu tolak PAS..wallahhu..

    BalasPadam
  8. Oii apahal PAS yang selama ini aku sokong kerana ketegasan mereka dalam mempertahankan Agama Allah.

    Tiba-tiba,berlembut dan banyak beralah kepada DAP semata-mata memikir undi dan kemenangan dalam PRU.

    Fikir tentang kemurkaan Allah,jangan fikir tentang kemurkaan Orang Kafir!!

    BalasPadam
  9. org umno ramai sokong hassan ali yek? kenapa?

    macam kumpulan karat-ijau ni jugalah....

    patutlah pas asyik kalah aje dalam pilihanraya kebelkngn ni.

    masih ramai puak umno dalam pas.

    BalasPadam
  10. satu fesyen kumpulan UG ni ialah di depan dia hentam umno bukan main lagi, tapi mereka cukup2 syg dengan umno... huhu

    BalasPadam
  11. bila sokong org yang memperjuangkan agama je cakap org UMNO.. jumud la pemikiran lu ni mat

    BalasPadam