Sebelum kejadian, mangsa yang juga pelajar kolej berusia 20 tahun itu menaiki bas berkenaan dari Terminal Bas Milimewa untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gum-Gum, Batu 16, di sini, kira-kira jam 4 petang.
Bas terbabit berhenti dan dinaiki seorang penumpang lelaki berusia 35 tahun yang duduk di sebelah mangsa sebelum mereka berbual dan pada masa sama lelaki terbabit cuba meletakkan tangan di bahu gadis itu, tetapi dihalang mangsa.
Lelaki itu mengulangi perbuatannya menyebabkan mangsa dan penumpang lain menegur tindakannya dan mangsa yang berang dengan perbuatan itu menolak suspek menyebabkan dia berang.
Seperti dirasuk hantu, suspek cuba memeluk dan menanggalkan skirt dipakai mangsa menyebabkan mangsa menjerit dan beberapa penumpang lain kemudian campur tangan sebelum menahan suspek dan diserahkan kepada polis.
INilah padahnya bila manusia dah jadi binatang,ternyata undang2 yang sedia ada gagal membendung jenayah,malah malapetaka pula diturunkan oleh Allah...
BalasPadamSemakin ramai nampaknya rakyat 1Malaysia dah jadi GILA..!!
BalasPadamni memmang gila.. betul2 gila
BalasPadam