Katanya, mereka yang tidak memahami kandungan nadir bumi lebih cenderung untuk membuat andaian daripada memperkatakannya dari sudut saintifik.
Malah beliau tidak bersetuju dengan cara Pakatan Rakyat (PR) khususnya ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengenegahkan isu tersebut sehingga ke peringkat menakut-nakutkan masyarakat awam.
“Dia (Fuziah) menakut-nakutkan orang ramai dengan memberi gambaran seolah-olah loji Lynas itu sebagai loji nuklear sedangkan loji itu sekiranya dibina pun hanyalah berfungsi sebagai kilang memproses bahan nadir bumi yang dibawa dari Mount Weld di Australia Barat,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemuramah oleh TV3 semalam.
Menurut beliau nadir bumi adalah jauh lebih rendah kandungan radiasinya daripada kandungan bijih.
Jelas beliau lagi, oleh kerana isu tersebut dimainkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu sekutu dalam PR, beliau telah mengambil pendirian berdiam diri.
Malah, kata Dr Che Rosli, beliau sendiri telah diberi ingatan oleh Jabatan Penerangan PAS agar jangan memberi sebarang komen berhubung isu tersebut.
“Selama ini saya mendiamkan diri tetapi saya dapati, ini adalah tidak adil kerana mereka telah membuat komen berhubung isu ini boleh dikatakan dalam setiap isu keluaran Harakah dalam nada yang tidak benar,” katanya.
Dr Che Rosli berkata, sebagai anggota Pas, beliau merasa malu dengan cara Fuziah mengendalikan isu tersebut.
“Jadi sebagai seorang saintis nuklear, saya telah mengambil keputusan untuk menyatakan pendirian saya,” ujarnya lagi.
Sehubungan dengan itu, Dr Che Rosli meminta penduduk di Kuantan tidak wajar berasa risau dengan cadangan pembinaan loji nadir bumi itu nanti.
Ini kerana semua dakwaan yang dibuat mengenai nadir bumi bukanlah satu hujah saintifik dan akademik.
Sebenarnya, kata beliau, orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana apabila kilang Lynas itu siap dibina dan beroperasi mereka boleh masuk dan melihat dengan mata sendiri langkah-langkah keselamatan yang diambil sama ada ke atas pekerja mahupun orang awam.
seorang pakar saintific bukan boleh buat apa jugak bila nadir bumi tu boleh 'up set' nanti.........
BalasPadammasa tu tak guna segala ilmiah tadi.......
tengok di jepun......terkantoi habih pakar sains dia.........
kita melihat ada perkara yg tak kena dgn dr kita nie.........
pimpinan Pas kena beringat sikit.....
kah kah kah
salah seorang yg perlu digugurkan dari menjadi calon PRU 13 nanti..dalam parlimen x bersuara pun dia ni
BalasPadamermmm...kalo camni la sikap PAS, xde bezanya PAS ngan UMNO...tangani la sesuatu isu berdasarkan tanggungjawab sebagai ISLAM bukan sebagai parti yang nak undi je...ISLAM mengajarkan kita berkata BENAR...ubah sblom menjadi PARAH...jgn jadi seprti UMNO yg dah terlalu sukar utk berubah...setiap isu ada pro n kontra...jgn nak dok bangkang jer
BalasPadamMinta Ahli Parlimen Hulu Langat berumahtangga di Gebeng biar dia hari-hari tau berkesan tak radiasi nadir bumi pada manusia,setakat duduk di Hulu Langat bercakap lojik saintifik tidak sama dengan apa yang kita alami dengan duduk sekali kat kilang Lynas.
BalasPadamahli kimia malaysia lagi hebat...
BalasPadamhttp://bloglistpolitik.blogspot.com/2011/08/penipuan-ahli-kimia-malaysia-dibongkar.html
pemimpin pas pung ada nasihat pemuda pas supaya jangan terlibat dengan demo lynas...
BalasPadam