Rabu, 24 Ogos 2011

Panass..Sultan Selangor MURKA Terhadap Khalid Ibrahim..??

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan murka dengan tindakan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan penubuhan Majlis Syura adalah atas titah baginda, setiausaha sulit baginda berkata hari ini.

Sebaliknya, Datuk Mohamad Munir Bani berkata dalam pertemuan minggu lalu Khalid hanya mengatakan mahu bertemu dengan pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos ke atas premis itu.

“Memang tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura itu sebab tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku.

“Tuanku tidak sebut apa-apa tentang Majlis Syura, saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan, sekarang tuanku murka dan terkejut, dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menubuhkan Majlis Syura bagi menyelesaikan segala pertikaian yang berlaku dalam pemeriksaan Jais itu.

Jawatankuasa khas itu atau dikenali sebagai Majlis Syura — dianggotai Khalid, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar.

“Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu,” kata Khalid dalam satu kenyataan semalam.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Tindakan Jais itu mendapat bantahan banyak pihak, namun dipertahankan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menegaskan terdapat usaha untuk memurtadkan umat Islam pada program itu.

8 ulasan:

  1. janji rakyat tak murka kat khalid dah lah...yg nak mengundi rakyat...ada faham...

    BalasPadam
  2. KHalid pun ikut perangai bohong dan auta juga?

    BalasPadam
  3. PRU13 pergi mampus BN. Meluat sungguh tengok lambang DACING. Parti politik paling celaka

    BalasPadam
  4. Saya berasa hairan dengan kepala kerajaan negeri sekarang ini sepatutnya teguran dibuat secara tertutup tanpa mendedahkan kepehak media tetapi sebaliknya yang terjadi ,apakah Sultan hari ini sudah tidak percaya lagi kepada memmanda menteri baginda atau ada orang ketiga yang hendak melaga2kan ketua esuketif dengan Tuanku yang tidak boleh terlibat secara langsung dengan arena politik? Saya sebagai rakyat dan juga sebagai pemilih yang hanya mengunakan kuasa politik untuk memilih sesaorang yang akan berkhidmat dengan Sultan dan rakyat menyeru fikirlah dengan fikiran yang waras apabila hendak bertindak , rakyat dah mula muak dengan kerenah2 yang dimainkan oleh insitusi kesultan ini masih ramai lagi rakyat yang hidup di bawah paras kemiskinan .Apakah pehak Istana terlepas pandang kah?

    BalasPadam
  5. Sikit2 Murka! Sikit2 Murka! Xde benda lain ke nak buat? cuba lah bawak berbincang...tau murkaaaaaa je - Bosan!

    BalasPadam
  6. manusia murka xpa...jgn sampai ALLAH murka .....

    BalasPadam
  7. bagi PR 2/3 Mjoriti dalm DUN Selangor lepas ni...jangan sapa2 bagi rakyat murkha!!

    BalasPadam
  8. sultan ni apa...? majlis syura tu apa? murka tu apa????? dahla tak tegas sebagai ketua agama(?) Islam, sebok pulak nak murka2...... buatlah apa yang patut mb, jangan peduli sultan ke apa ke, asalkan baik untuk Islam dan rakyat!

    BalasPadam